Artis / Selebriti
” Tak boleh tahan ketawa. Nasib tak bergolek ke bawah haha.. ” – Netizen

Video Kejadian Tak Diduga Nabila Huda Terjatuh Di Atas Pentas Ketika Dato’ Yusry Sedang Menyanyi. Masa Tu Lah Nak Terjatuh Ek, Alahai Kesian Abil. Member Pun Bantai Gelak Dulu, Baru Tolong, Hehe !!
The Masked Singer Malaysia minggu ini menyaksikan Musang tersingkir. Sebagaimana tekaan ramai juri dan penonton, Musang adalah salah seorang penyanyi berkumpulan KRU iaitu Datuk Yusry Abd Halim. Seperti selalu, pada akhir rancangan peserta tersingkir akan membuat persembahan sekali lagi.
Meninjau akaun Instagram Zizan Razak, telah dikongsikan suasana ketika Datuk Yusry menyanyi. Semua juri naik ke pentas untuk bersama-sama dengan Datuk Yusry. Di sebalik kegembiraan semua mengikut nyanyian Datuk Yusry, gelagat Nabila Huda mencuri perhatian ramai.
Pada minggu ini, Nabila menggayakan pakaian seperti Rita Ora dengan towel di kepala. Mungkin tersilap langkah ketika ingin berjalan membuatkan Nabila tersadung kaki dan terjatuh. Sherry yang berada di sisi Nabila tidak dapat menahan ketawa melihat Nabila ketika itu.
Gaya sudah vogue, terjatuh lah pula. Sherry pula sempat ketawa dulu, baru ditolong sahabatnya ini. Bestfriend memang perangai begini, ketawa dahulu baru tolong. Walaupun jatuh, tuala tetap maintain terletak di atas kepala. Comel sangat Nabila ni, pandai cover.
Jom tonton video di bawah :
@thenz.x 😭😭 #themaskedsingermalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #nabilahuda
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sherry haha, kawan yang baik akan gelak dulu baru tolong haha. macam mna towel tu blh stay elok.. bgus la nabila kompiden sllu.. ”
” Member gelak dulu baru tolong haha. maaf, tergelak sama.. sampai terjatuh orang tu.. nk pergi mana laju-laju tu abil haha.. ”
” Nasib Sherry tak jatuh sekali, lawak lah.. tu la. keluar toilet basah2 kan dah tergelincir haha.. tak leh tahan ketawa.. nasib tak bergolek ke bawah.. ”
” Dapat jugak tgk yg side mase kejadian.. sherry mmg kawan yg baik.. kawan jatuh gelak dulu baru tolong ahahahhahaa.. ”
” Time time ni pulak jatuh haha.. jatuh bergolek.. pakai pelik-pelik mana tak bergolek. nak kesian pun jadi ketawa besar haha.. ”
” Abil nasib dah pegang tangan Sherry, kalau tidak mahu bergolek macam buah ke bawah haha.. nasib tak jatuh dua-dua, kalau tak naya pak karim haha.. ”
” Adui malunya haha.. boleh pulak jatuh.. tak tau nak gelak ke nak nangis.. dengan pakaian pelik-pelik tu haha.. ”
Lawak betul lah Nabila ni, baju tak beri ‘kerjasama’ nampaknya kali ini, hehe. Mujur pegang tangan Sherry, kalau tidak entah apa lah yang jadi semalam. Apa-apa pun, semua terhibur dengan aksi tak disengajakan oleh Nabila ini. Take care selalu Nabila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zizan Razak, IG Nabila Huda, Tiktok thenz.x
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah