Artis / Selebriti
” Tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past.. ” – Fazura
Muatnaik Video Sempena Hari Lahir Anaknya Yang Ke 4 Tahun, Perkongsian Fazura Menyentuh Hati Ramai. Semoga Yang Baik-Baik Sahaja Untuk Nur Fatima Aisya !!
Hari ini tanggal 2 Oktober, genap lah usia anak sulung pasangan Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Bersempena hari kelahiran Fatima, Fazura telah pun memuatnaik satu video yang memaparkan kenangan manis dari Fatima lahir sehingga lah usianya sekarang.
Menerusi perkongsian Fazura di akaun Instagramnya, Fazura berkongsi video kenangan Fatima dari sejak lahir. Sejak bayi lagi, Fatima sememangnya menjadi kesukaan ramai kerana wajahnya yang comel. Apatah lagi sekarang, Fatima semakin petah bercakap dan membuatkan ramai terhibur dengan telatahnya.
Fazura menggambarkan Fatima sebagai seorang anak yang cukup baik dan memahami. Fatima anak kecil yang memiliki hati yang besar dan berjiwa penyayang terhadap semua orang di sekelilingnya. Fazura juga memberitahu tahun ini tiada birthday party yang meriah seperti tahun lalu untuk Fatima.

Mengakhiri coretan panjang itu, Fazura mendoakan agar Fatima membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah dari semua hasad dengki manusia serta menjadi anak yang solehah. Fatima adalah kekuatan Fazura dan akan selalu menjadi buah hati Fazura selamanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedih tgk muka fatima.. tp xpe kasih syg Allah utk fatimah xkan berkurang sedikit pon..terus bahagia ya fatima ..smoga jodoh masih kuat demi anak tercinta.. “
” Sanah Helwah Nur Fatima Aisya.. Semoga Allah berikan kesihatan yg baik & brpnjgan, dimakbulkan doa, impian & harapan, menjadi anak yg solehah buat Mommy & Daddy, dikurniakan keluarga yg sakinah, mawaddah, warahmah, sentiasa dilindungi, dirahmati & diredhai Allah SWT.. Aamiin.. “
” Happy Sweet 4th birthday buat Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Semoga menjadi anak yg solehah pada mommy adan daddy.. “
” To the baby gal who never fails to bring a smile to my face, happy birthday sayang Fatima .Semoga membesar menjadi anak soleha, dan stay adorable selalu.. “
” Happy birthday Fatima Sayang…Semoga membesar menjadi anak yg solehah.. dikelilingi dengan org² yg baik.. aamiin yrb.. hug.. “
” Happy birthday Fatima syg,semoga Fatima membesar dgn sihat,menjadi anak solehah penyejuk hati Mommy,berjaya di dunia dan akhirat.. “
” Ingat Fazura mengandung tadi, nasib tengok sampai habis video.. Allahuakbar.. hpy bfday Fatima.. moga yg baik2. amin.. “
Seronok melihat moment Fatima membesar, moment yang tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit dan dipatah balik. Selamat hari lahir puteri kesayangan Fazura dan Fattah, Nur Fatima Aisya daripada kami di Berita Kopak. Semoga Fatima berbahagia selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen

