Artis / Selebriti
” Tiba-tiba tengok kuku kaki dia, alamak dah keras.. ” – Zarina Zainuddin

Video Layanan Zarina Zainuddin Terhadap Bapanya Buat Peminat Tersentuh. Alhamdulillah, Sejuk Melihat Layanan Anak Kepada Bapa Seperti Ni. Terbaik Zarina !!
Meninjau ke akaun Instagram Zarina Zainuddin, p0sting terbaru yang dikongsikan telah menerima pujian ramai peminat. Zarina berkongsi video ketika dia pergi melawat bapanya di kampung bersama anak-anak.
Zarina turut membawa bapanya pergi berjalan-jalan. Namun satu perkara yang Zarina sedari ialah kuku kaki bapanya yang sudah menjadi hitam dan keras. Adik-beradik Zarina pernah cuba mem0tong kuku tersebut namun tidak berjaya.
Akhirnya, Zarina membuat keputusan untuk membawa bapanya ke spa. Walaupun pada awalnya bapanya tidak mahu namun akhirnya dia bersetuju. Hasilnya, kuku bapa Zarina kelihatan bersih dan bersinar.
Zarina turut mengingatkan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu bapa agar terus berbakti kepada mereka selagi masih hidup dan membuatkan mereka tersenyum. Menurut Zarina, dia akan melawat ibunya pula selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji Zarina yang membawa bapanya ke spa. Antara komen-komen yang diberikan :
” May Allah bless you.. Terima kash ingatkan kami.. Kalau sudah tiada .. baru lah menyes4l.. ses4l kemudian tiada lah guna…. muhasabah diri.. “
” Betul kak Ina kena bwk g spaa.. Cik udin . . Selorong mo rumah sey yo ni kak .. sey bayo mo cuam .. “
” Salam Ina kenapa insta mak dah tak de maaf ye tanya kirim salam ngan mak.. Untung Ina yg masih ada mak, ayah, suami, anak2.. “
” Setuju kak zarinazainuddin_ masa hidup ni kumpul byk² kenangan – pahit, manis, payau, kelat kaut jer seberapa kenangan yg boleh, bila dah ‘h1lang’ nant.. “
” Ibu paling sabar sehat selalu buat anaknya dan ibu.. setuju, selagi mereka ada. Ina untung masih berpeluang.. “
” Betul tu.. bahagiakanlah kedua org tua kita selagi msh ada.. Al Fatihah buat arwah mak n abah.. kita cuma akan hidup dgn kenangan jer… Al fatihah utk ayah… “
” Betul tuu kak ina.. Alhamdulillah.. tiap2 minggu blk tgk mak.. masakkan utk dia.. mak dh tua.. sayang mak sgt2.. “
Seronok melihat cara layanan Zarina terhadap ibu bapanya. Semoga segala urusan Zarina Zainuddin dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Buat yang masih mempunyai ibubapa, sentiasalah membahagiakan ibubapa kita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen