Artis / Selebriti
” Suara Unuk makin power lah. Part last tu kelakar tapi enjoy tengok dia berjoget.. ” – Komen Netizen
Video Amir Sisi Berlatih Menyanyi Lagu Satu Rasa Cinta Buat Ramai Teruja. Fuhhh Makin Berlemak Suara Amir Ni. Part Amir Joget Tu Comel Tapi Lawak !!
Nama juara rancangan The Choosen One Musim 1, Amir Sisi masih meniti di bibir warganet sekali pun sudah berbulan-bulan rancangan itu berakhir. Amir semakin mendapat tempat dalam industri dan kehadirannya diterima oleh segenap lapisan umur.
Tidak hanya menyanyi, Amir juga sudah bergelar pelakon. Meninjau akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir sedang berlatih menyanyikan lagu berjudul Satu Rasa Cinta. Lagu ini nyanyian asal Arief dinyanyikan oleh Amir dengan cukup baik.
Sekali pun Amir menyanyi secara santai sahaja tetapi suaranya itu memukau pendengar. Semakin hari, semakin lunak dan merdu suara Amir. Amir juga bukan lagi Amir yang dulu dan kini sudah pandai menyanyi sambil membuat gerakan. Kali ini Amir menghiburkan warganet dengan tarian lucunya itu.

Seronok sungguh Amir berjoget sambil menyanyi dengan merdu sekali. Terhibur warganet dapat menonton gelagat Amir itu. Untuk makluman semua juga, Amir akan berada di satu event di Pahang dan lagu ini antara yang akan Amir persembahkan nanti. Mesti orang Pahang tak sabar hendak berjumpa dengan Amir.
Jom tonton video di bawah :
@termoj.production6 Replying to @maizunyaacob@Amir Sisi belanja full lagu siap joget kalau x #fypシ sedih unuk berjoget..hahaha#termojproduction #fypシ #everyone #viral_video #berandafypシ
@termoj.production6 Warga Pahang punya pasal..kita cuba bagi lagu sedih rentak happy..hehe#termojproduction #fypシ #everyone #viral_video #berandafypシ @Amir Sisi
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bak kata Dato’ Awie, Amir buka mulut je dah sedap. Dia nyanyi santai-santai je, kita sampai nak terkeluar anak tekak.. ”
” Sedap betul suara Ami ni, tak jemu dengar.. dengan cikgu-cikgu dia je boleh ler duk menari macamtu, live nanti udah diam hehe.. ”
” Suara Unuk makin power lah, terbaik Unuk.. Aura Unuk ni kuar betul.. nyanyi macam ni je pun dah seronok orang dengar.. suara emas dia tu, alahai.. ”
” Wow Unuk dah pandai menari dah bergaya pun. merdu gila suara Unuk ni, Rindu nak tengok persembahan Unuk.. ”
” Wahh.. amir dah blh joget sikit2.. suara mantap as usual. Semoga Amir terus berjaya dunia akhirat. Aamiin.. ”
” Terbaik dan mantap unuk. style hip hop, suara menusuk kalbu dan tarian mengiburkn. all in unuk hebat. teruskn berkarya dan mlgkh jauh. kakak snts support unuk.. ”
” Suara dia ni unik betul, sampai ke hati. Terbaek dan padu la Unuk. Wpun part last tu kelako tp enjoy tgk dia berjoget. tqvm cikgu.. moga Unuk terus success.. ”
Seronok warganet dapat mendengar suara Amir menyanyi, tak berubah suara Amir malah semakin sedap lenggoknya. Dari sebelum ini dikatakan kaku tidak pandai berjoget, kini sudah nampak perubahan pada Amir. Lawak betul jika Amir berjoget seperti itu di pentas nanti, tentu bersorak semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

