Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen

Ina Naim kongsi video nyanyian live anak perempuannya, Phyrosh Elfadwah raih pujian warganet. Makin mantap suara Yosh ni. Lunak dan merdu tu secukup rasa.. 

Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitu lah kisah kehidupan Ina Naim dan anak-anak perkongsian hidupnya bersama arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Hadie sudah mencipta nama menerusi rancangan Talk To My Manager. Sallman pula menggantikan tempat Suhaimi ketika konsert Inteam yang lalu. Kini giliran Phyrosh pula mula bersinar dan menjadi sebutan wargamaya. Rezeki Phyrosh apabila ditawarkan Jaja Ishak untuk menyanyikan lagu OST sebuah drama.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina Suhaimi, telah dikongsikan video terbaru nyanyian Phyrosh. Lagu single Phyrosh berjudul Hati Yang Dikecewa dinyanyikan dengan cukup sempurna. Nyanyian secara live ini meraih pujian ramai kerana kelunakan suara Yosh itu.

Keyakinan Phyrosh untuk menyanyi di hadapan orang ramai juga sudah semakin meningkat dan tidak lagi gementar. Ramai yang merasakan Phyrosh boleh menempa nama dalam industri sekiranya bakatnya itu terus digilap. Penampilan Pyhrosh yang sopan juga dipuji oleh warganet.

Jom tonton video di bawah :

@inasuhaimi78

Hati yang dikecewa oleh phyrosh Elfadwah #inanaim #phyrosh #hati #yosh #kecewa

♬ original sound – INA SUHAIMI – INA SUHAIMI

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Dulu mase kecil yosh paling sedap suaranya, dah besar kita memang tggu lama yosh nyanyi lagu mcm ni.. “

” Cantik, sopan suara sedap baca quran pandai.. suara live lagi mantap dari recording.. sedap sangat suara Yosh.. “

” Sedap sangat lagu dan suara yosh.. lirik straight 2 the point.. jelas sebutannya tu, cerah masa depan insha Allah.. “

” Sedap suara Yosh.. penampilan sopan.. Anak2 Ina semua bagus2.. didikkan arwah SS dn Ibu Ina Naim.. “

” Untuk umur 12 tahun.. sangat hebat dan sangat berbakat.. sedap, cantik anak dara Ina Naim nie. pakaian pun sopan bagus yosh kekal begini.. “

” Cantiknya Yosh, makin confident dan merdu suara Yosh.. Best lagu ni tak bosan dengar.. Semoga yosh terus berjaya cemerlang.. Dunia dan akhirat.. “

” Best suara ada rasa dengar.. ada karisma sebagai artis.. cantik.. suara sedap terbaik anaknda Ina.. Siapa sangka ank aruah ss, di luah kn rezeki yg hbt, satu persatu ank aruah berbakat, Allah permudahkn perjalanan hidup mereka.. “

Phyrosh ada aura seorang penyanyi dan anugerah suara merdu yang Allah berikan kepada Phyrosh, itu sesuatu yang berharga. Semoga Phyrosh menjadi seorang penyanyi yang hebat dan berjaya satu hari nanti. Teruskan melangkah dan kembangkan bakat yang ada.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ina Suhaimi78   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak