Artis / Selebriti
” Speechless terus Aunty dia, kata-kata keramat daripada Ayden.. ” – Komen Netizen
Video respon anak Bella Astillah, Ayden Adrian apabila ditanya oleh Didi Astillah untuk menamakan salah seorang Perdana Menteri Malaysia buat ramai terhibur. Eh, tak sangka Ayden sebut nama tu. Terkejut Didi, sampai tak terkata dibuatnya, haha..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Rozieyanti, perkongsian sebuah video yang memaparkan Didi Astillah bersama anak saudaranya, Ayden Adrian telah meraih perhatian ramai. Ayden merupakan cahaya mata sulung Bella Astillah.
Menerusi video tersebut, Didi bertanyakan kepada Ayden untuk menyatakan salah seorang nama Perdana Menteri di Malaysia. Respon yang diberikan oleh Ayden telah membuatkan Didi terkejut dan dalam masa yang sama tergamam. Ayden menyebut nama YB Syed Saddiq.
Setelah ditegur oleh Didi, Ayden kemudian mengubah jawapannya kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ramai netizen merasakan seperti Ayden memberikan satu ‘ hint ‘ kerana Bella sememangnya kini sangat rapat dengan Syed Saddiq. Ada yang bergurau dengan menyatakan itu nama bakal bapa tiri Ayden.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak kurang juga yang menyatakan yang Ayden meramalkan bakal perdana menteri Malaysia pada masa hadapan.
Jom tonton video di bawah :
@rozieyanti ANAK BELLA NI BIJAK TENGOK JAWAPAN DIA😁#bellaastillah #didiastillah #fypageシ
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Itu bakal bapakmu lah aydennn.. the only menteri he approved Saddiq.. Syed Saddiq do’a tu… moga satu hari Aameen3x yra Bella Astillah.. “
” Seblm ni Ayden ada sebut “vote syed saddiq”… live kali ni, SS PM pulak ya… u so comel lah Ayden.. Bgus la klau btul jd pm xlama syed saddiq.. “
” Kata2 adalah doa, Pm Syed Saddiq Aamiin Ya Rabb.. sy kasi Aamiin sj tu perdana mentri SADDIQ c ayden .. Saddiq repost kunun ini.. “
” Astagaaaaa… Ramalan masa depan ka itu Ayden? Aamiin bilang.. masin juga ni nnti mulut c ayden jadi juga ni betul2 c yb syed saddiq pm.. “
” Budak2 jujur biasanya besok terbukti. Jgn lupa org muar bella n ss ada ke sana hari ni..jgn lupa rakam n trace tmpt diaorg pergi.. “
” Dah agak dah mesti nama uncle YB SS disebut. doa kamu ayden suatu hari nanti ye.. nampak kan rapat sgt kan… hahaha suka.. “
” Nohhh bakal pak tiri hng perdana menteri.. Speechless trus Anty dia.. kata ii keramat dr aeden, insyaallah.. Terkejut didi.. “
Memang spontan sungguh jawapan yang diberikan oleh Ayden. Nampaknya Ayden juga seperti sangat rapat dengan YB Syed Saddiq. Malah ramai juga peminat yang merestui jika benar mummy Ayden dan Syed Saddiq mempunyai jodoh bersama. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozie yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

