Artis / Selebriti
” So comel bila abang jaga adik. Pandai dia dodoi adik tu.. ” – Netizen
Video Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Mendodoikan Adiknya, Shakil Aryan Shah Dengan Alunan Zikir. Alahai Pandainya Arshan, Adik Pun Sengih Je Dengar Suara Abang. Comel Sangat Sebutan Arshan Yang Pelat-Pelat Tu !!
Pelakon cantik Emma Maembong telah pun dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki iaitu Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah. Kedua-dua anak Emma ini, baik Arshan mahu pun Aryan mempunyai wajah yang comel dan kulit yang putih melepak.
Sebagaimana kanak-kanak lain, Arshan juga selalu geram dengan adiknya itu. Suka mengusik dan memeluk Aryan, gelagat Arshan jika bersama Aryan pasti membuatkan sesiapa sahaja yang menonton rasa terhibur dan geram melihat telatah mereka berdua.
Meninjau akaun Instagram Shariq Gabriel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Arshan ketika menjaga Aryan. Dapat dilihat Arshan sedang bersandar di atas sofa dan Aryan diletakkan berbaring di atas badan abangnya itu.

Sambil tangan Arshan mencuit-cuit rambut dan kepala Aryan, mulut Arshan laju sahaja mendodoikan adiknya ini dengan alunan zikir. Comel mendengar Arshan menyebut ‘ Lailaha illaullahh, Muhammad rasulullah ‘ dan ini membuatkan warganet terhibur mendengarnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pandai arshan jaga adik , cute sangat-sangat cucu-cucu nenek , arshan clever boy.. love you sayang.. ”
” Oloooo kenapa la comel sangat baby mak long nihhh.. Abang good boy dodoi for adik.. Adik always happy go lucky.. ”
” Masha Allah, Anak soleh Mama and Baba ni. Very clear lah abang Arshan.. Mashaallah nak hug Arshan la. Hugs and kisses to Arshan.. ”
” Alahaiiii pandainya abg Shariq jaga adik. Comelnyaaaa dua2 itu.. Lailaha illaullahh.. Muhammad rasulullah.. Abang sayang adek.. ”
” So sweet so cute, Budak bijak.. Dua-dua cute sangat.. si adik redha je abang pok pok camtu hehe.. ”
” Comelnya tengok dua beradik ni. Abang rajin jaga adik, siap dodoi lagi ye. Adik pun cute sangat, suka senyum lah adik ni.. ”
” So comel lah bila abang jaga adik. Abang yang penyayang Arshan ni.. pandai dia dodoi adik.. suka tengok adik pun happy je.. ”
Alahai untung Aryan ada abang yang penyayang dan rajin melayan seperti Arshan ini. Pelat pun cute je dengar suara Arshan dodoi Aryan. Semoga Shariq Arshan Gabriel terus menjadi abang yang baik dan pelindung adik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shariq Gabriel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti15 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil



