Artis / Selebriti
” Silap orang lah dia nak kenakan. Ni bukan Kak Lina koyak, Kecik yang koyak, haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Ditemuramah Oleh Kecik Dalam Segmen ‘ Lawak Atau Koyak ‘ Buat Ramai Terhibur. Habis Tersembur Kak Lina Kenakan Kecik. Koyak Teruk Kecik. Jangan Main-Main Dengan Kak Lina, Haha !!
Bagi yang pernah menonton segmen ‘ Lawak Atau Koyak’ yang dikendalikan oleh pengacaranya, Kecik pasti mengetahui menerusi segmen ini, Kecik akan bertanya pelbagai soalan kepada selebriti yang terpilih untuk melihat respon mereka ketika menjawab soalan-soalan itu.
Ada selebriti yang tenang dan ada yang hampir tidak menahan sabar apabila mendengar soalan dan kata-kata daripada mulut Kecik yang ‘laser‘ itu . Terbaru, meninjau di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan video yang memaparkan kali ini Kecik menemuramah Elly Mazlein.
Menerusi video itu, kelihatan Kecik bertemu Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina yang sedang membuat video klip single terbarunya baru-baru ini. Pada awalnya, Kecik sengaja menyebut nama Kak Lina dengan panggilan salah iaitu ‘Kak Lina Norsey ‘.
Malah Kecik juga menyakat Kak Lina mengenai isu Gegar Vaganza. Namun siapa sangka kali ini Kecik terkena dengan Kak Lina kerana setiap soalan yang diajukan oleh Kecik, Kak Lina membalas bertubi-tubi dan Kak Lina langsung tidak ‘koyak’ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai respon yang diberikan oleh Kak Lina kepada Kecik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Silap orang lah dia nak kenakan. Ni bukan Kak Lina Koyak, Kecik yang koyak, haha.. Lain terus muka Kecik ye dengar Kak Lina cakap, hahahhaa.. “
” Kau tak kan menang Kecik oiii… Kak Lina tak kan koyak punya.. Jawapan yang kluar kat mulut dia buat semua berdekah.. “
” Kecik ni silap org dia nk kenekan… Ko kene tau siapa pompom.. Ko ckp dia syok sendiri.. Lagilah dia menjadi2.. Hahaha.. “
” Kak lina no syatu lah mesti la dia yang win.. Dia boleh pusing soalan orang so kata2 orang nak kenakan dia takkan menang, hehehe.. “
” Part padi huma tu memang kelakar, hahahahaha nak juga dia nyanyi kan.. 3, 4 tak akan tinggal kalau tengah menyanyi kan.. “
” Kepom memang sentiasa kelakor .. Nombor syatu.. Kali ni Kecik pula lah koyak, sampai habis koyak hahahaha.. Kepom cool je.. “
” Gaduh sikit warna warni kehidupann.. Bhahahahahahahahahahahaha ngekkkk laaa cikkk.. Kali ni kau pulak kne ye cikkkk.. “
Pertama kali tengok Kecik ‘koyak’. Itu lah jangan buat main-main dengan Kak Lina. Sekali keluar ayat dia, terus dah tak tahu nak tanya apa. Terbaik lah Kak Lina langsung tak marah, malah siap buat kelakar lagi. Apa-apa pun video ini hanyalah sekadar hiburan buat tontonan semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen