Artis / Selebriti
” Siap ada action lagi tu. Hide, hide, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Kaka Azraff, Aslan Bersungguh-Sungguh Bercerita Kepada Adiknya, Aryan Buat Ramai Terhibur. Wah Pandainya Aslan Bercerita Sambil Berimaginasi. Macam Faham Jer Si Adik Tu, Hehe !!
Aslan Adam dan Aryan Adam merupakan permata hati penyanyi, Kaka Azraff bersama suaminya, Adam Azriff. Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian video terbaru Kaka mengenai gelagat anak-anaknya telah membuatkan ramai terhibur.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Aslan sedang melayan adiknya yang baru berusia 48 hari. Aslan yang berusia 2 tahun setengah melayan adiknya dengan bercerita sesuatu dengan gaya dan imaginasi yang luar biasa.
Aslan mereka sebuah cerita berserta gayanya seolah-olah si adik memahami jalan ceritanya. Untuk memudahkan warganet memahami apa yang diceritakan oleh Aslan, Kaka telah meletakkan subtitle pada video tersebut.

Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Ramai yang berasa terhibur mendengar cerita Aslan. Apa yang paling menarik sekali ialah Aslan boleh bercerita dengan membuat gaya sekali.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji Aslan kerana pandai membuat cerita hanya berdasarkan imaginasinya sahaja. Antara komen-komen yang diberikan :
” Fuhhhh best la movie Aslan ni.. baru tahu dia cakap apa.. So gempak his imagination I love it.. Perghh ada subtitle la.. “
” MashaaAllah apa comel sangat niiii Aslan.. comelnya dua beradik ni… pandai layan adik.. this moment so sweet.. “
” Haha aslan, pandai berceritalah… boleh buat imiginasi tinggi.. macam best cerita aslan.. haha.. comel dan kelakar.. “
” Wah, ada subtitle.. kaka azraff dah level up jadi content creator bagus bagus kipidap.. comel betul lihat budak berdua ni.. “
” So cutelah Aslan dan Aryan.. Hide aslan hide.. pandai dia melayan si adik, si adik pun pandai melayan je dgr citer abang.. “
” Waa pandainya abg aslan main dgn adik dia mesti mommy n daddy tkikih kat hujung capturing the moment .. comelnya aslan.. “
” Hahahah. Dia dah start buat cerita sendiri .. siap ada action lagi tu, Hide, hide. Ya Allahhh, g1git dia.. Comel betul.. “
Momen sebegini sememangnya sangat menarik sekali untuk dirakam. Nanti apabila mereka dewasa pastinya ia menjadi satu kenangan. Semoga Aslan dan Aryan membesar menjadi anak yang baik, soleh dan berjaya di dunia serta di akh1rat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kaka Azraff
BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

