Artis / Selebriti
” Seronoknya tengok, rare betul majlis kahwin macam ni. Klasik sangat.. ” – Netizen

Erynne Erynna Kongsi Video Throwback Majlis Perkahwinannya Buat Ramai Yang Kagum. Wah Lain Daripada Yang Lain Lah Majlis Erynne Ni. Ala-Ala Majlis Kahwin Zaman 60-an, Syok Tengok !!
Nama pelakon Erynne Erynna bukan asing dalam dunia lakonan tanah air. Erynne yang sudah berkecimpung dalam lakonan sejak dari zaman kanak-kanak lagi kini telah pun dewasa dan bergelar isteri serta ibu kepada seorang cahayamata perempuan.
Meninjau akaun Instagram Erynne Erynna, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback majlis nikah dan kahwin Erynne bersama suaminya, Afify. Untuk makluman semua, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 17 April 2019 yang lalu.
Bertemakan majlis perkahwinan klasik seperti era 60-an, video yang dibuat dalam hitam putih ini menarik perhatian. Jarang dapat melihat majlis perkahwinan sebegini. Dengan adanya persembahan silat dan acara joget pengantin bersama tetamu, memang rare betul.
Erynne turut mencoretkan satu bingkisan yang cukup indah kata-katanya. Erynne memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kebahagiaan yang dikecapinya kini dan mendoakan agar semua yang berumahtangga dikurniakan kesabaran dan ketenangan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Erynne ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Rata-ratanya suka melihat majlis Erynne yang special ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah so klasik sgt yg part joget tuu.. jarang² temui wedding mcm tu ada pun jenis ikut trend skrg nie je yg tah pape hehe. so cutee.. ”
” Alhamdulillah… ehh bdk ni dh kawen rupenye bile tgk dye pegang bby.. ehh dh ade ank.. tp knp muke mcm bdk lg… hehe… semoga kekal smpai syurga.. ”
” Seronoknya tengok, rare betul majlis kahwin macam ni.. Bestnya Erynne punya wedding ceremony.. klasik dan ada kelas tersendiri gituuu.. ”
” Love sangat tengok, meriahnya.. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Doakan saya supaya cepat dapat jodoh.. ”
” Aaa sukanya vibes macam ni.. Kampung dekat mana ni, klasik sangat. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. ”
” Klasik sangat, best kita yang tengok pun rasa marvelous nya majlis kahwin ni. Moga berkekalan hingga je akhir hayat dan bahagia selalu.. ”
” Congratulations for your anniversary.. really love your caption.. syok tengok majlis kahwin macam ni, lain dari yang lain betul.. ”
Memang lain daripada yang lain majlis perkahwinan Erynne ini. Suasana kampung yang membangkitkan moment zaman dulu kala. Semoga Erynne sentiasa berbahagia bersama suami tersayang dan ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erynne Erynna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral24 hours ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara