Artis / Selebriti
” Selamat ulang tahun buatmu insan istimewa kesayangan Malaysia.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Diraikan Sempena Hari Lahirnya Ketika Di Tanah Suci Raih Perhatian Warganet. Sangat Bermakna Sambutan Hari Lahir Tokti Tahun Ini !!
Semalam, penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 45 tahun. Paling istimewa, tahun ini Dato’ Seri Siti menyambut ulangtahun kelahirannya di Tanah Suci. Dato’ Siti sedang berada di sana menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Menerusi akaun Instagram fans Afwa telah dikongsikan sebelum Dato’ Seri Siti berangkat menunaikan ibadah umrah, Dato’ Seri Siti menerima kejutan di office oleh pekerja-pekerjanya. Menerusi video itu, pengurus Dato’ Siti iaitu Rozi membawa sebiji kek ketika Dato’ Siti bersama pekerja-pekerjanya di sebuah bilik.
Gelagat kedua anak Dato’ Seri Siti iaitu Siti Aafiyah dan adiknya, Muhammad Afwa berebut mahu memotong kek hari lahir ibu mereka mencuit hati ramai. Menerusi video kedua pula, Dato’ Siti di raikan di Tanah Suci oleh team agensi Umrah.

Dato’ Seri Siti memanjat rasa syukur dan gembira kerana dapat menyambut hari lahir di sana bersama ibu, ibu mertua, suami dan anak-anaknya. Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen warganet adalah :
” Selamat hari lahir mak iti.. Semoga diberi kesihatan yang baik.. Di murahkan rezeki.. Kekal jodoh mak iti hingga ke jannah.. Menjadi ibu yg terbaik untuk anak2.. Menjadi isteri yg solehah.. “
” Slmt Hari Lahir buat penyanyi kesayangan Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza, Semoga Allah SWT melancarkan perjlanan hidup beliau bersama keluarga tercinta, ketenangan hidup, sihat dan bahagia selalu.. “
” Semoga panjang umur, sentiasa happy, dilimpahkan rezeki yang tak putus untuk terus bersedekah dijalan Allaah, diberkhati selamat dunia akhirat.. “
” Purnama Merindu Aku Cinta Padamu..Percayalah Bukan Cinta Biasa.. Selamat Ulangtahun ke-45 Buatmu Insan Istimewa Kesayangan Malaysia.. “
” Sannah helwah Dato’ Siti. Semoga Dato’ dipermudahkn segala urusan ,dipanjangkan umur ,di murahkan rezeki melimpah ruah ,senantiasa di berikan kesihatan yg sihat ,di lindungi Allah SWT.. “
” Dah macam besday Aafiyah & Afwaa dh jdiknya.. Si kecik tu boleh tahan hahahaa adoiii kelakar tengok perangai dua beradik ni.. “
” Msg2 excited nk tlg ibu dia potong kek, hahahaa.. Selamat hari lahir Dato Siti, semoga terus dimurahkan rezeki bahagia bersama keluarga.. “
Jelas terpancar kegembiraan di wajah Dato’ Seri Siti saat diraikan. Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Dato’ Siti. Semoga Dato’ Siti sentiasa bahagia bersama keluarga dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid, jayibrahimalislam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen


