Connect with us

Artis / Selebriti

” Selamat hari ibu, Habibah Jaafar. Saya yang dipegang tu.. ” – Bell Ngasri

Kongsi Ucapan Selamat Hari Ibu Beserta Sekeping Gambar Lama, Posting Bell Jadi Tumpuan. Wahhh Rambut Macam Bruce Lee, Comel Sangat Rupanya Bell Masa Bayi !!

Siapa tidak kenal pelawak, pengacara dan pelakon Bell Ngasri. Sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nama Bell antara yang paling lama bertahan. Sekalipun banyak muka baru yang muncul, kelibat Bell tidak tenggelam malah semakin diminati.

Suka membuat lawak spontan, jenaka Bell sering mencuit hati peminat. Mukanya yang tidak makan dimamah usia, sentiasa nampak seperti budak remaja kerana tubuhnya yang kecil. Sangat murah dengan senyuman, keperibadian Bell amat disenangi peminat.

Seperti rakan artis lain, Bell juga tidak terlep4s daripada memberi ucapan hari ibu sempena sambutannya semalam. Bell yang masih menyimpan gambar lamanya yang ketika itu masih dalam versi hitam putih buat peminat tersenyum. Terpampang wajah Bell yang sangat comel ketika di dukungan ibunya.

Menerusi akaun Instagram, Bell telah berkongsikan sekeping gambar lama ketika dirinya masih bayi beserta ucapan selamat hari ibu buat ibu tercinta. Turut kelihatan beberapa orang kanak-kanak lain bersama. Menyatakan dirinya adalah bayi yang didukung buat peminat teruja melihat wajah comelnya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Kecomelan Bell itu mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Memang dari kecik lagi comel la bell ngasri ni.. “

” Bell sampai sekarang pun perangai masih macam baby.. Hehhe.. “

” Dari kecik muka dah lawak.. “

” Rambut lebat masa kecik-kecik.. Sekarang kena pakai wig.. “

” Comelnya abang bell.. “

” Yela dah bell paling bongsu time tu, TIME TU jela.. Haha.. “

” Rambut macam bruce lee.. Comelnya Bell masa kecik … “

” Kenapa masa kecik besar.. Dah besar jadi kecik, comel.. “

Comel sangat Bell masa bayi dengan gaya rambut lebat tu. Sekarang pun apa kurangnya masih tetap ada comel dan kacaknya. Pastinya ibu bapa Bell bangga dengan kerjaya Bell yang sentiasa bersinar sejak dari dulu lagi. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Bell sentiasa gembira di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT