Artis / Selebriti
” Selalu dengar Jep nyanyi lagu ni, sekali bila jumpa penyanyi sebenar.. ” – Sinar.my
Video Jep Sepahtu Menyanyi Lagu Depan Penyanyi Asal, Yazid Lovehunters Raih Perhatian Ramai. Part Jep Menyanyi Tu Ada Yang Kata Dah Macam Membaca Pula. Mesti Sebab Nervous Berdepan Dengan Penyanyi Legend Ni, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian video Jep Sepahtu bertemu dengan Yazid Lovehunters di konti radio telah meraih perhatian ramai. Ini kerana Jep selalu menyanyikan lagu daripada kumpulan ini sebelum ini.
Lagu berjudul Ku Ukir Nama Mu sering dinyanyikan oleh Jep dan juga ada dimainkan di radio Sinar.my. Lagu ini merupakan lagu pilihan Jep dan juga produser. Ramai yang tidak tahu yang lagu ini merupakan lagu legend suatu ketika dahulu.
Semalam Jep telah bertemu face to face dengan penyanyi asal lagu ini. Dengan perkongsian video ini telah membuatkan ramai mula mengenali Yazid Lovehunters yang merupakan sebuah kumpulan yang berasal dari Singapura.

Untuk rekod, kumpulan ini popular sekitar tahun 1985 sehingga 1990 an yang dianggotai oleh Yazid yang merupakan vokalis, Maliano dan Saharuddin. Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka oleh warganet setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka dengan pilihan-pilihan lagu dari Jep untuk dimainkan di radio. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sedapnyaa suara penyanyi sebenar.. Kena dend4 selalu pun takpa jep ni sbb lagu2 dia pilih best.. Ni lagu Jep kata my doter.. “
” Dgr lagu ni mesti teringat jep.. Kite suke semua lagu pilihan jep.. Ahhhh abg yazid lovehunter… terbaik jep.. “
” Boleh tak nak request Jep petang. Best layan petang2 balik kerja tak b0san. Tolong rakam balik lagu ni .. Yazid lovehunters.. “
” Mcm nyanyi JO laa.. haha, tahniah JO.. Mlm tidur dgn duit.. Hahaha.. Suka dgan jepsepahtu ni… Sbb die suka bawak naik semula lagu2 legend.. “
” Playlist lagu main peranan. Bila Best, sedap je kita layan, pasti org tak tukar radio, jadi take note ya producer2 dan Boss.. “
” Lagu petang ni mmg best2.. sampai rumah lambat pun Takpe.. lagu yg jarang2 keluar.. padu la bang..
” Jep nyanyi bunyi macam membaca, penyanyi asal sambung baru dengar macam lagu.. Good choice of song.. “
Nampaknya ramai yang menyukai lagu-lagu pilihan Jep yang gemar memainkan lagu nostalgia masa lalu. Dengan mengembalikan lagu-lagu nostalgia ini ia dapat membuatkan generasi kini mengenali penyanyi-penyanyi yang popular masa lalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarmy, Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae



