Connect with us

Artis / Selebriti

” Seks4nya Amir nak dapatkan key tu. Lucu tengok Amir test suara, tak damai Amir dibuatnya.. ” – Netizen

Video Di Sebalik Tabir Ketika Amir Sisi Buat Rakaman Lagu Assalamualaikum Cur1 Perhatian Warganet. Bukan Senang Amir Nak Dapatkan Key Lagu Ni. Macam-Macam Suara Keluar. Lawak Lah Amir !!

Meninjau akaun Tiktok Amir Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan di sebalik tabir ketika Amir sedang membuat rakaman lagu. Amir diberi peluang untuk muncul bersama artis-artis popular tanah air untuk menyanyikan kembali lagu remake Assalamualaikum.

Untuk makluman semua, lagu ini ditulis semula oleh penyanyi asalnya Faizal Tahir bersama Ezra Kong, Mike Chan, Audi Mok, Omar K. Antara artis lain yang menyumbang suara dalam lagu ini ialah Hael Husaini, Faizal Tahir, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, Dato’ Hattan, Zizi Kirana, Mawi, Amir Sisi, Nikki Palikat, Naqiu, Aliff Aziz, Liza Hanim, Noryn Aziz, Hady Mirza, Tomok, Jaclyn Victor dan Azharina.

Klik gambar untuk info..

Dapat dilihat, Amir mengalami kesukaran pada awalnya untuk mendapatkan key yang dikehendaki. Bukan perkara mudah untuk memastikan key suara Amir boleh blend dengan nyanyian penyanyi lain. Namun, Cikgu Faris setia di sisi Amir untuk dan memberikan tunjuk ajar.

Setelah berkali-kali Amir mencuba sampai terkeluar suara ‘terkepit’, akhirnya Amir dapat key yang dimahukan. Walaupun sedikit sahaja part lirik ‘ damailah ‘, tak semudah yang disangka ye. Nasiblah Amir jenis yang cepat belajar, boleh pun Amir buat.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@amirunukofficial

Walaupun sikit je part kena nyanyi..tapi seksanya member nak dapat key..hehe..Biarlah jadi pengalaman yg mengajar erti usaha..#fypシ #diaridaripedalaman #termojproduction #amirsisiunukofficial #beranda

♬ original sound – amirunukofficial – amirunukofficial

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kesian nya unuk nak dapat key tu.. permudahkan urusan unuk.. Banyak kali tengok Amir pun tergelak sendiri.. ”

” Bersabar je la cguu tapi amir cepat tgkap apa yg diajar… cepat bljar.
apa keadaan pon cgu faris x bolh jauh dari amir.. kekuatan amir tu.. ”

” Bukan senang nak control key suara .. unuk dah buat yang terbaik, syabas.. practise make perfect… adik Amir boleh.. ”

” Bukan senang nk berjaya..klau unuk bleh main piano atau gitar munkin mudah ckit nk dpt key.. syabas unuk dh ada lagu sdri.. ”

” Muka tu haha.. sian amir.. xpe pelan-pelan nanti boleh kontrol key.. moga dipermudahkan segalanya.. ”

” Amir hebat .bergabung dengan artis ternama.. masuk part tengah nak masukkan pitch yang tepat susah tu.. Amir terbaik.. ”

” Seks4nya Amir nak dapatkan key tu.. Amir ni kelakar pun ada, lucu tengok Amir test test suara.. tak damai Amir dibuatnya heheh.. ”

Klik gambar untuk info..

Amir Amir, macam-macam suara Amir sajikan. Yang sumbang ada, yang merdu pun ada. Proses pembelajaran yang berguna untuk Amir. Tak apa Amir, slow-slow belajar, nanti pasti Amir akan semakin mahir dalam mengatur key untuk semua lagu. Apa-apa pun, tahniah Amir kerana sebaris dengan artis popular negara.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amir Unuk Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT