Artis / Selebriti
” Sekilas nampak macam dibu yang atas stage, copy paste wajah dibu.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak bongsu Tomok, Siti Khadijah di sekolahnya raih perhatian ramai. Wah, dah besar lah Dadija, comel Dadija menari. Wajah tu cute sangat macam ibunya..
Meninjau ke akaun Instagram Tomok, perkongsian sebuah video persembahan anak bongsunya iaitu Siti Khadijah, di konsert akhir tahun sekolahnya kini mencuri perhatian ramai di media sosial. Ramai warganet teruja melihat kecomelan dan keyakinan Dadija di atas pentas, malah ramai yang tidak menyangka dia sudah begitu membesar.
Menerusi video yang dikongsikan, Khadijah tampil mengenakan pakaian penari ballet berwarna pink dan juga gaun kembang hitam serta tshirt berwarna oren. Persembahan Khadijah cukup ceria sambil menari bersama rakan-rakan sekelasnya.
Walaupun masih kecil, gaya dan ekspresinya di atas pentas cukup spontan dan menghiburkan. Ia membuatkan ramai memuji sikap berani dan bakat yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Turut menyaksikan persembahan Khadijah ialah dua orang abangnya, Arrian dan Andra.

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan pujian dan menyatakan wajah comel Dadija saling tidak tumpah seperti ibunya. Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Comelnya dadija sayanggggg..sama cam dibu.. lembut wajah anak ini…mniss..moga yg baik2 utk mu ya anak.. comel.. “
” Comeinya Khadijah… Teringat plk peristiwa seluar jeans. dah besaq dah depa semua.. smag mnjd ank solehah.. sebiji mama dia yg gegirl ni.. “
” Kejap muka mak kejap muka bapak maybe sebab tomok and wife muka sama juga kut . Dak jijah dah besar.. Satu family berbakat.. “
” Cantiknya dia dah besar.. Secomel senyuman dibu… Tengok dia teringat kes seluar jeans. Sori adik.. Copy paste muka dibu diaa.. “
” Uyyyoo pawerr videographer. Tomeiii Dijaaa.. Comeynya dadija..gewam giget pipi dia..dibu nmpak proud sgt. . alhamdulillah korang .. “
” Budak dan model levis ni makin lawa makin cantik makin comel la dia.. Sekilas nampak mcm dibu yg atas stage.. “
” Alahai dija moga sihat2 selalu anak.. Cantik nya Khadijah. And abang² pun handsome. Stylooo hehehe.. bsr daa ank dara sorg nii.. “
Kami di berita Kopak mendoakan semoga Siti Khadijah terus membesar dengan sihat dan ceria, serta terus menyerlah dalam pelajaran dan bakat yang dimilikinya. Tidak mustahil suatu hari nanti, Khadijah bakal mengikut jejak langkah ayahnya dalam dunia seni tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tomok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

