Viral
” Sedihnya, dah kenapa aku nangis sekali ni. Berjurai jurai air mata aku.. ” – Komen Netizen
Video moment yang sangat menyentuh hati ketika seorang ayah memberikan ucapan dan pesanan kepada menantunya buat ramai sebak. Sedihnya tengok ayah pengantin menangis ketika berucap. Sebak sungguh..
Ayah adalah cinta hati pertama anak perempuan. Untuk seorang ayah, saat yang paling sukar adalah ketika ingin melepaskan anaknya kepada lelaki yang bernikah dengan anaknya sejurus selepas ijab dan qabul. Perasaan yang bercampur baur antara bahagia, gembira dan pilu bersarang dalam hati seorang ayah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana dalam sebuah majlis perkahwinan. Kelihatan pengantin perempuan sedang duduk di atas pelamin, manakala ayahnya berdiri untuk memberikan ucapan kepada anak dan menantunya itu.
Pada awalnya, ayah pengantin perempuan kedengaran tenang sahaja memberikan ucapannya. Namun selepas itu, semua yang berada di situ sebak mendengar pesanan yang keluar dari mulutnya. Suara ayah pengantin juga bergetar dan air matanya mengalir sama.

Pesanan yang diberikan sangat menyentuh hati semua tetamu. Kasih sayangnya untuk anak perempuan tersayang tidak dapat tergambar dengan harta benda. Harapannya besar untuk melihat anak perempuannya bahagia bersama insan tersayang selama-lamanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beruntungnya dapat ayah mertua macam ni. semoga jaga anak perempuannya sebaik baik jagaan dia.. Bertuah anaknya ada bapa macam ni.. “
” Dan ayahnya adalah ayah tiri yg menyayanginya lebih dari segalanya.. AllahhuAkbar sungguh indah uncle ni. kasih sygnya cukup besar sehingga kita yg melihat dan mendengar pun sebak.. kasih seorang ayah.. “
” Alhamdulillah Rezeki Dpt ABAH Yg Menyayangi Anak dan Bg Pesan Utk Anak dan Menantu Hal Rmhtangga.. sedihnya pakcik, saya pun nangis teruk ni pakcik.. “
” Dengan aku sekali menangis dengar pesanan ayah pengantin ni.. Mintak dengan ayah nya cara baik, esok2 dah muak dah tknk pulangkan pd bapak nya dgn cara baik jgk.. “
” Berat melepaskan anak perempuan yg dibesarkan dari kecil hingga besar. tu la seorg susuk bergelar ayah … anak perempuan tu sentiasa buah hati bgnya.. “
” Dengan aku sekali berjurai jurai air mata. hebat kasih sayang abah dia.. sedih dia sampai ke sini.. walaupun ayah tiri tetap layan mcm anak sendiri.. 1 in million.. “
” Sedihnya, dah kenapa aku nangis sekali ni. Untung masih ade abah… Masa aku nikah, abah terlantar di hospital.. 2minggu lps nikah, abh pergi buat selama lamanya.. Al fatihah (dibaca) rinduuuu abah.. “
Pesanan dan nasihat daripada seorang ayah untuk menantu dan anak tersayang. Luahan kasih sayang seorang ayah yang melepaskan tanggungjawabnya kepada lelaki lain yang bernama suami. Semoga pasangan ini akan sentiasa sakinah, mawaddah dan aman damai perkahwinannya sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

