Viral
” Sedihnya, ceria dan happy arwah ibu adik Dollah, patut lah dirindui.. ” – Netizen
Perkongsian Ibu Saudara Adik Abdullah Mengenai Reaksi Dollah Ketika Menonton Video Tiktok Arwah Ibunya Buat Warganet Tersentuh. Cantiknya Bidadari Dollah Ni, Berseri-seri Wajahnya. Bukan Dollah Je Menangis, Mak Ila Pun Menangis Sama !!
Hampir 3 bulan berlalu sejak peristiwa nah4s jalan raya yang meng0rbankan Abi, Ibu dan adik beradik Dollah dan Rahman. Dollah yang terselamat kini semakin beransur pulih dan banyak menunjukkan perkembangan positif. Dollah juga selalu mengungkapkan rasa rindunya terhadap ibunya.
Dollah dijaga oleh ibu saudaranya yang bernama Mak Ila dan Mak Ila lah yang selalu berkongsikan video Dollah. Meninjau entry terbaru Mak Ila di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu cerita mengenai Dollah bersama satu video throwback ibu Dollah. Kata Mak Ila, Dollah baru sahaja menemui akaun Tiktok arwah ibunya.
Dollah juga memberitahu Mak Ila yang dirinya merasa sedih melihat ibunya menerusi video tersebut. Kali ini, Mak Ila pun sama-sama turut menangis bersama Dollah. Melihat video ibu Dollah ini, terpancar kebahagiaan dan kegembiraan apabila bersama Rahman dan anak-anak yang lain.

Warganet turut memuji wajah ibu Dollah yang berseri-seri dan ceria sahaja. Video kenangan yang akan selalu menjadi pengubat rindu Dollah terhadap ibu dan adik beradiknya. Ramai yang suka melihat senyuman ibu Dollah, manis dan sejuk mata memandang.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@rahilanoor85 🥰☺️🥰☺️
Sehingga kini, lebih 17 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Mak Ila ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tlg habaq kat duo dan rahman.. mereka x sendirian. kami para ibu di malaysia sentiasa tadah tgn doakan utk mereka.. kerana meraka jgk ank kami.. ”
” Cantiknya bidadari syurga dollah dgn aman. Nanti jumpa ibu ya. Berpisah sementara didunia. Kekal bersama di sana ya.. ”
” sedih nya ya allah .. ceria happy arwah ibu adik dollah.. dollah aman rindu arwah ibu.. Allah uji aman dou.. Allah tahu Aman duo kuat.. ”
” Tak payah kata dollah…. kite yg tengok pun dah sedih…… inikan lg dia… satu²nya yg selamat.. ”
” dia ada tunjuk hp dia dulu… ckp nak tgok gambo ibu… jd akk buka TT dia followkan TT ibu dia… dia ckp byknya gambo ibu dan semua ada.. ”
” kekadang rindu itu dtg ….sedih tengok tt arwah …semoga dollah Dan man ..sentiasa doakan yg baik2 untuk keluarganya..
” Allahuakhbar.. Sya pun sebak.. ceria nya arwah… patutlah di rindui… Sabarlah duhai anak doa utk bertemu dimimpi dan disyurga. Ingat mat1 itu pasti.. ”
Rindu Dollah untuk Ibu tak akan ada penghujungnya. Wajah ceria ibu itu akan selalu Dollah ingat dan menjadi kekuatan Dollah. Semoga Dollah terus sihat dan jangan lupa kirimkan selalu al-Fatihah untuk abi, ibu dan adik beradik di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mak Ila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



