” Sedapnya suara, sekali dengar terus fall in love.. ” – Netizen

Video Persembahan Bakat Baru, Ayish Malkan Yang Viral Di Roadtour Suria FM Raih Pujian Netizen. Wah Merdunya Suara Ayish. Bawak Lagu Ziana Zain Lagi, Power Part Tarik Suara Tu !!

Ketika stesen radio Suria FM melakukan Jelajah 90 Suria di Kuantan City Mall Pahang baru-baru ini, bakat baru bernama Ayish Malkan ini mendapat perhatian ramai. Kelunakan suara Ayish menyanyi di pentas membuatkan namanya viral di media sosial.

Meninjau akaun Instagram Meletop, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Ayish dijemput sebagai artis jemputan bagi siaran kali ini. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana Redzuan, ini pengalaman pertama Ayish bersiaran di kaca TV.

Ayish mendendangkan lagu asal nyanyian Ziana Zain berjudul Setia Ku Di Sini dengan cukup baik. Lontaran suara dan vokalnya juga membuat penonton di studio memberikan tep0kan dan sorakan. Bukan semua orang boleh membawakan lagu bernada tinggi sebegini, hebatlah Ayish.

Untuk makluman, Ayish yang berasal dari negeri Pahang ini merupakan seorang catsitter dan juga chef masakan western di sebuah restoran. Ayish dilahirkan di Felda Chini dan menetap di bandar Kuantan sehingga sekarang.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Antara video nyanyian Ayish yang memperdengarkan suaranya yang hebat :

Persembahan padu oleh Ayish ini mendapat perhatian dan pujian ramai. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Orang Pahang memang steady. merdunya suara, best sangat dengar. Terbaiklah Ayish.. “

” Power lah, sedapnya suara. Ni la budak dalam Suria FM aritu. Bakat baru yang macam ni kita nak kan.. “

” Nampak dia nyanyi dengan Ara Johari aritu dekat Kuantan City Mall, tahniah dik. Suara boleh perg1 jauh lagi ni.. “

” Sedap suara, berbakat besar ni. Semoga ada rezeki untuk lebih bersinar dalam industri tanah air.. “

” Suaranya mantap, sedaplah dengar alunan dan lenggok tu. Bukan semua orang boleh nyanyi lagu Ziana Zain, sempoi lah.. “

” Suara anugerah yang indah, sekali dengar terus f4ll in love. Semoga berjaya dalam bidang nyanyian.. “

” Payah nk dpt dh penyanyi suara 90an mcm ni. Patut pendengar naikkan org mcm ni dgn cara menyokong bakat beliau ni. Padu.. “

” Sedapnya suara adik ni, mendayu-dayu sebutan pun jelas. Ini baru penyanyi ada bakat kurniaan Allah.. “

Tidak dinafikan Ayish memiliki suara yang lunak dan sedap didengar. Tidak mustahil Ayish boleh perg1 lebih jauh dalam industri andai bakatnya ini diketengahkan. Semoga ada ruang untuk Ayish melangkah lebih maju ke hadapan dan selamat maju jaya.

Tonto video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melet0p, IG Ayish Malkan, Youtube Channel Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..