Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedap sangat tu, sampai menari-menari, haha comel lah.. ” – Netizen

Video Terbaru Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Yang Tak Sabar Mahu Makan Biskut Suji Buat Ramai Terhibur. Kemain Lagi Happy Bila Dapat Makan Biskut Suji, Part Ketawa Tu Paling Comel !!

Sebelum ini, pernah dikongsikan video gelagat anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees yang suka makan biskut suji buatan Omanya. Gelagat comel Isaac dalam video tersebut buat ramai yang menonton terhibur.

Meninjau di akaun Instagram Zahirah, telah memuat naik video terbaru gelagat Isaac yang sedang menemani Zahirah dan Oma menyediakan biskut suji. Kelihatan Isaac dalam video begitu tidak sabar untuk menikmati biskut suji yang dibuat Omanya.

Tulis Zahirah, biskut suji sebelum ini telah habis dan ibunya terus segera membuat lain biskut suji untuk cucu kesayangannya. Pada pertengahan video, apabila biskut suji sudah masak, Zahirah telah menyuap biskut tersebut kepada Isaac.

Gelagat Isaac yang begitu gembira hinggakan menari-menari sambil makan biskut suji sekali lagi telah menarik perhatian ramai. Perkongsian video terbaru itu telah mendapat lebih 49 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Isaac. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Hahaha comel, bertabahlah oma dan mummy kena uli biskut suji untuk si handsome ni, nanti balik Malaysia comfirm luggage penuh balang suji, haha.. “

” Ger4m lah tengok, drama betul hahha si comel ni. Kemain happy dapat makan biskut suji oma, menari2 lagi.. “

” Halah halah sedap sangat tu, comel lah tengok part firts Isaac rasa biskut suji keluar oven, sedap terkata, smpai tak ada reaksi, haha.. “

” Dah dapat suji terus ketawa, menari2, bertuah lah bud4k comel ni. Tengok pun tahu mesti sedap biskut suji oma, nmpak garing.. “

” Hahaha comel, nak next episode Ira, ger4m lah tengok Isaac ni. Nnti boleh open oder lah biskut suji oma bawa balik Malayisa, nampak sedap.. “

” Kecik-kecik dah suka makan kuih klasik kan. Comel lah tengok Isaac manja dengan oma, alamatnya kena stay Perth lah macam ni.. “

” Alahai cutenya Isaac, mesti kuih suji oma p0wer ni, smpai kejap je dah hbis, haha. Muka Isaac sama macam oma lah.. “

Alahai happy betul Isaac dapat makan biskut suji. Untuk pengetahuan semua, sebelum bulan Ramadan berakhir baru-baru ini, Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza dana anak mereka, Isaac telah pun berlepas ke Australia untuk meraikan lebaran Aidilftri bersama keluarga Zahirah di sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT