Artis / Selebriti
” Sedap betul suara adik ni, unik sangat. Cara nyanyian pun unik dan tak follow style version Dato’ Siti.. ” – Komen Netizen

Tular video viral seorang lelaki menyanyikan kembali lagu DS Siti Nurhaliza, Aku Cinta Padamu dengan versinya tersendiri raih pujian ramai. Sedap sungguh lagu Tokti versi adik ni, lain daripada yang lain. Tak pernah lagi dengar orang cover macam ni lagu ni..
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagunya yang bertajuk Aku Cinta Padamu versi dangdut pada 20 tahun dahulu kini kembali menjadi viral di TikTok. Lagu ini juga turut menjadi siulan ramai dan sering menjadi pilihan warganet untuk dijadikan muzik latar video mereka.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok ki.misri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pemilik akaun tersebut menyanyikan kembali lagu Aku Cinta Padamu dengan versinya yang tersendiri. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang mengatakan suka mendengar nyanyian adik ini kerana suaranya dikatakan begitu unik dan lain daripada yang lain. Ada juga mengatakan versi yang dibawa oleh adik tersebut begitu luar biasa serta langsung tidak mengikuti gaya nyanyian DS Siti versi dangdut.
Sehingga kini, video nyanyian adik itu telah ditonton lebih 2 juta tontonan dan menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis. Wah, lain betul cara dia bawa lagu ni, betul-betul unik dan sedap sangat didengar, patut lah ramai yang memuji.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ki.misri Betapa ku cinta padamu ~ #fypmalaysia#singing#akucintapadamu
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai nyanyian adik ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sedap betu dengar sebab suara adik ni unik sangat. Cara nyanyian pun unik dan tak follow style version Dato’ Siti.. “
” Dia nyanyi bermalas-malasan pun sedap dgr. Aku ni klu nyanyi, aku pun malas mau dgr.. Power lah kau adik, suara memang sedap.. “
” Nak full version please. Jenis sora camni xpayah buat mendayu2 sangat. Tone tu sendiri dah terasa mendayu. aduhhhh sedappp suara bro.. “
” Suara mendatar dan tak tinggi.. Tapi Lunak didengar, mendamaikan. Isi hati tu sampai dik.. Abg suka dengar, nanti pls sambung lagi nyanyi.. “
” Versi kena friend zone ni, hahahahaha… Aku dengar pun jadi sedih.. Btw sedap lah suara kau dik.. Kita dengar sampai lupa lagu ni lagu Datuk Siti Nurhaliza.. “
” Tenang betul dengar suara adik ni.. Unik.. Ni baru btol menyanyi.. Sebab aku mengharyati terpahat dihati lalu menitis air mata.. “
” Nak dengar panjang lg boleh tak.. Sbb nak dengar sambil tgk hujan… Versi kau nyanyi ni memang menusuk kalbu betul.. Sedappp doo.. “
Genre yang dibawakan oleh adik ini sangat unik, meskipun menyanyi dalam keadaan bersahaja dan tone suaranya mendatar, suara adik ini betul-betul membuat warganet terpukau. Sangat berbakat, mana tahu satu hari nanti adik ini akan menjadi penyanyi terkenal.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ki.misri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen