Artis / Selebriti
” Sebijik masa ayah muda-muda dulu. Tapi dulu kepala ayah tak goyang-goyang macam tu.. ” – Tomok
Tomok Kongsi Video Anak Sulungnya, Arrian Menyertai Pertandingan Nasyid Di Sekolah. Wah Sedapnya Suara Arrian Masa Menyanyi Solo Tu. Part Arrian Goyang-Goyang Kepala Tu Comel Sangat, Patut Lah Arrian Kena Bahan Dengan Ayah, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Tomok, telah dikongsikan video yang memaparkan anak sulungnya, Arrian Shah Akid menyertai pertandingan nasyid di sekolah. Selain Tomok, turut kelihatan hadir memberikan semangat kepada Arrian adalah isteri Tomok, Rahayu Abas.
Pada awal video, Arrian membantu rakan-rakannya membawa alata muzik naik ke pentas. Tulis Tomok di ruang kapsyen, Arrian seperti dirinya dahulu yang turut menyertai pertandingan nasyid di sekolah. Namun, apa yang mencuit hati adalah Tomok mengusik Arrian yang tak henti-henti menggoyangkan kepalanya ketika menyanyi.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh Tomok. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan tidak menyangka Arrian sekarang sudah besar dan memiliki suara yang merdu serta boleh menyanyi lagu nasyid dengan baik.
Sehingga kini, video Arrian menyertai pertandingan nasyid menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Arrian kelihatan tidak kekok langsung membuat persembahan di hadapan orang ramai, malah Arrian juga menjadi solo nasyid.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Tomok ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Komen ayah pun kelakar.. Hahahaha dulu takda IG bro, kalau dulu ada banyak betul kenangan simpan kat Ig hahahahaha terbaik brother .. “
” Hahaha apak nya pun mention part goyang2 kepala.. Pertandingan nasyid sekolah menarik sebab lagu kena ciptaan sendiri.. Sedap dengar.. “
” Arrian ayam guring dah besarrrr. Masuk nasyiddd.. Ingat dulu suka betul tengok video Arrian cakap cina, cepat betul masa sekarang.. “
” Sedap suara Arrian.. Hihi nnt ayah ckp dgn Ustzah next time takyah goyang2 kepala mcm tuu lbih smart.. Semoga dpt mara ke peringkat seterusnya wakil negeri .. “
” Apsal kite pun terikut goyang kepala sekali.. Besar dah ko Ariannn.. Rasa baru je tengok Tomok dapat anak, sekarang dah masuk pertandingan nasyid.. “
” Eh kami dulu toleh kanan toleh kiri sambil nyanyi.. Cikgu suruh.. Dulu nasyid tegas je, kepala mmg tk goyang, haha.. Tangan je gerak.. “
“Dulu kaki ayah je yang goyang nak.. Tak ke depan belakang. Tak kiri kanan.. Besaq dh ayam goreng. Smoga terus berjaya, jadi ustaz la nti dh besaq.. “
Pasti ramai yang masih ingat gelagat Arrian ketika kecil dahulu. Pada ketika itu Tomok sering berkongsi video gelagat comel Arrian yang sangat suka makan ayam goreng. Kini Arrian sudah semakin membesar, tak lama lagi bakal menginjak ke usia remaja. Ini betul-betul Tomok junior, boleh pergi jauh lagi Arrian.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoi penat gelak, letih ada suami macam ni. Terbatal niat nak kurus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen