Artis / Selebriti
” Seb4k rasa dengar Ernie nyanyi lagu ni, sampai ke jiwa lah.. ” – Netizen
Video Ernie Cover Lagu Hal Hebat Dendangan Asal Govinda Raih Pujian Peminat. Fuh Tanpa Muzik Pun, Nyanyian Ernie Tetap Padu. Best Dengar !!
Suara penyanyi wanita bernama Ernie Zakri ini memang selalu menarik perhatian para peminatnya. Guru vokal yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain ini boleh dikatakan sebanding dengan suara bapa dan ibu saudaranya itu.
Meninjau akaun Instagram Ernie Zakri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ernie menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Govinda berjudul Hal Hebat. Walaupun tanpa iringin muzik, suara emas Ernie itu tetap gemersik dan dipuji peminat.
Membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya yang tersendiri, kemerduan suara Ernie membuatkan peminat tidak puas mendengarnya. Sudah namanya Ernie Zakri, berilah apa sahaja lagu, pasti akan dibawakan oleh Ernie dengan penuh penghayatan.

Sehingga kini, perkongsian oleh Ernie ini telahpun mendapat lebih 18 ribu likes daripada peminat. Rata-ratanya suka mendengar cara Ernie membawakan lagu ini. Dari dulu sampai sekarang, suara Ernie sama dan maintain sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Meninjau ke ruangan komen, sehingga kini hampir 200 komen diberikan oleh peminat. Antara komen-komen mereka :
” Why the vocals so sedap. queen behaviour, raw vocal gini pun merdu. The best rendition.. “
” Lovenya suara Kak Ninie ni. Mega lah kak, suka suara kak Ninie since OST Hati Perempuan lagi.. “
” Sedap sangat, merinding dengar nyanyian Ernie ni. Lenggok tersendiri dan nyanyiannya sampai ke hati.. “
” Cry1ng this is so beautiful, sedap sangat suara. Mantap nyanyi macam ni pun macam suara konsert.. “
” Version Hal Hebat yang sangat best, merdu betul suara Ernie ni. Tak puas dengar, mendayu-dayu suara.. “
” Merdu betul suara, from lagu Rindu Bukan Teman sampai lagu Hal Hebat, suara kak Ninie is lullaby for me.. “
” Seb4k rasa dengar Ernie nyanyi lagu ni, sampai ke jiwa lah. H1lang pen4t dengar suara Ernie ni.. “

Kelunakan suara tersendiri yang berbeza dengan penyanyi lain. Semoga Ernie terus success dalam kerjaya seninya ini, mencapai puncak kejayaan tertinggi yang diimpikan dan terus menghiburkan peminat dengan suaranya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer

