Artis / Selebriti
” Sayang betul Lucy dekat Pok Ya, sampai bulu kening pun dia sikat, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Sabri Yunuf Bersama Isteri Tersayang, Angeline Tan Buat Ramai Terhibur. Part Angeline Sikat Rambut Sabri Tu Kelakar. Bulu Kening Pun Kena Sikat Juga, Haha !!
Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengarah Sabri Yunus sah bergelar suami kepada aktres Angeline Tan pada bulab lalu. Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan majlis berlangsung sederhana serta menyaksikan Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas rantai emas kepada Angeline.
Selepas bergelar suami isteri, apa sahaja gambar, video mahupun cerita mengenai pasangan ini menarik perhatian umum. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Angeline telah dikongsikan video lakonan bersama Sabri.
Menerusi video itu, kelihatan Angeline sedang menyikat rambut Sabri. Perkongsian video tersebut sekali lagi menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa suka menonton lakonan pasangan ini dan menyifatkan lakonan mereka sangat semulajadi.

Ada juga yang meminta Sabri dan Angeline berlakon sebagai pasangan dalam filem terbaru. Sehingga kini, video itu menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Paling mencuit hati part Angeline sikat bulu kening Sabri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat telatah Sabri dan Angeline. Antara komen-komen tersebut :
” Sayang betul Lucy dekat Pok Ya, sampai bulu kening pun dia sikat, hahaha.. Aku pula dah macam kerang bus0k asyik tersengih tgk video ni.. “
” Seronoknya tengok manja2 sweet2 gini. Sedih pulak rs ngn diri sendiri huhuhu. Bersemut teruk. Tahniah both of u.. “
” Masyallah.. Bersemut rasa y tgok ni.. Btul isteri y menyenangkan hati dadyyyyy… Ni kalau ada movie mesti best.. “
” Ni br betul Lucy tauke salon.. 1st & last customer, hahahaa.. Untung lah Pok Ya.. Moga bahagia sokmo lah pasangan ni ya.. “
“Skrg botak banyakkk, hahahaha hadu3.. Menyucukk.. Lawak orang lama2 memang best tengok.. Campur plk sweet2.. “
” Ini baru betul sayang.. Dulu lama2 kt saloon sbb nk mengurat Lucy, sekarang Lucy dah jadi isteri.. Boleh cuci rambut di rumah sja.. “
” Dari dulu sampai la bohhh… Bikin hati ni happy n senyum jeee. May Almighty Allah bless u both… Amiin.. Akak nancy pun sempoi, slumber jeee lawak nye. Hahahaha.. “
Meskipun ianya hanya lakonan, namun jelas terlihat kasih sayang antara Sabri dan Angeline begitu murni. Semoga ikatan perkahwinan yang baru dibina oleh mereka akan terus mekar bahagia serta kekal sehinggalah ke akhir ayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen



