Artis / Selebriti
” Saya rasa dah nak sampai waktu untuk bergelar suami orang.. ” – Zul Ariffin
Video Zul Ariffin Mengesahkan Dirinya Bakal Berkahwin Tahun Ini Buat Peminat Teruja. Wah Akhirnya Zul Buka Mulut. Siap Beritahu Bila Lagi Majlisnya Akan Berlangsung. Calon Isteri Tu Surprise Sangat !!
Zul Ariffin antara hero pujaan ramai yang memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang sado. Ramai wanita menyukai Zul kerana ketampanan wajahnya itu. Zul juga memiliki ramai followers di akaun Instagram miliknya yang mana kini telah pun mencecah angka 2.7 juta.
Meninjau akaun Tiktok F8Buzz, telah dikongsikan satu video temubual antara Zul dan pihak wartawan. Zul diajukan soalan mengenai bila dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Tanpa berselindung, Zul memaklumkan dirinya bakal berkahwin tahun ini.

Klik gambar untuk info..
Kata Zul, setelah bermacam-macam dugaan dan pelbagai watak lakonan yang dilakonkan, dia merasakan sudah masanya untuk dia berkeluarga. Zul mengakui dia mencuba untuk merealisasikan impian untuk hidup berpasangan dan berkeluarga secepat yang mungkin.

Ditanyakan mengenai calon bakal isterinya adakah di kalangan penggiat seni, sambil tersenyum Zul memberitahu apabila sampai masanya nanti, semua akan tahu siapa bakal isterinya itu. Berkait dengan bila, ianya hujung tahun 2024 insha Allah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@f8buzz Siapakah wanita bertuah itu? TEMU BUAL bersama Zul Ariffin di Sidang Media & Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024. Zul Ariffin membuat pendedahan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Zul turut ditanya mengenai isu kontroversi melanda rakan seangkatannya Ruhainies. Zul sebelum ini baik dan pernah dikhabarkan bercinta dengan Ruhainies. Kuala Lumpur • 27 Mac 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #kongsibersama #zulariffin #sheriff #astroraya
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah dah nak kahwin la Zul.. Mesti kawin dengan ex girlfriend dia tu kan.. mesti dengan Gayatri nya, tak lain tak bukan.. ”
” Oh no, wait and see, jeng jeng jeng.. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan Zul.. ”
” Betul-betul surprise ni, siapa lah perempuan yang bertuah tu.. kita agak macam gayatri je.. ”
” kalau tak tengok video dengar suara je suara macam atok-atok rock utagha.. Semoga dipermudahkan segala urusan Zul Ariffin untuk berumahtangga.. ”
” Insya Allah bang, kalau ada jodoh tak akan ke mana.. Semoga betull lah ye aaminn… Wah tak sabar pulak hehe.. ”
” Surpise on the best.. maybe Gayatri kot.. Alhamdulillah semoga dipermudahkan jodohnya.. Nampak matang Zul bila menjawab.. ”
” Berkecai lah hati aku.. aku kemurungan .. tak boleh tak boleh. tapi apa pun semoga allah temu kan dgn jodoh dan psangann yg terbaik bhg hingga kr jannah.. ”
Wah kena berteka-teki dulu lah ye semua siapa si dia yang berjaya menawan hati hero kesayangan ini. Ada yang meneka Gayatri. Andai betul, tahniah Zul dan semoga segala perancangan Zul untuk ke jinjang pelamin berjalan sebagaimana yang dirancangkan dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : F8Buzz, IG Zul Ariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen


