Artis / Selebriti
” Sak1t pun senyum comel je maknya. Muka tetap maintain cantik nak beranak pun.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Gambar Bersama Isterinya, Fazeera Nazri Menanti Kelahiran Cahayamata Kedua Mereka. Wah Dah Tak Lama Cik Yam Dengan Khaleeda Nak Dapat Adik. Tahniah Fizo !!
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, isteri kepada Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri bakal melahirkan cahayamata kedua mereka pada bulan Mei. Sebagaimana cahayamata terdahulu, kali ini juga pasangan ini bakal mendapat seorang lagi anak perempuan.
Menerusi akaun Instagram Fizo Omar dan Fazeera Nazri, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Fazeera dan Fizo berada di Andorra Women & Children Hospital. Kata Fizo, bila-bila masa sahaja anak kedua mereka ini akan dilahirkan dan melihat dunia.
Fizo turut memohon doa daripada semua agar urusan Fazeera untuk melahirkan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar. Cantik Fazeera, muka polos tanpa sebarang makeup pun tetap kelihatan berseri-seri dan cantik semulajadi.

Dalam melayan k0ntraksi pun masih boleh tersenyum Fazeera. Sedikit masa sahaja lagi, Wan Maryam dan Wan Khaleeda akan mendapat seorang lagi geng baru. Semakin meriah lah rumah Fizo dan Fazeera dengan puteri-puteri mereka ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga selamat semuanya Fizo dan Fazeera. Alhamdulillah.. masyaAllah semoga dipermudahkan semuanya.. ”
” Kenapa dia mengandung rasa sekejap je. Yg kita ni mengandung rasa lama hehe. semoga dipermudahkan urusan abe joe dan wife.. ”
” Smg dprmdhkn segala urusan brsalin nnt & slmt kedua²nya.. Mendoakan kesejahteraan kesihatan dan dipermudahkan urusan aamiin.. ”
” Allahuakbar ni betul-betul lepas makan shell out ni terus bersalin.. semoga selamat melahirkan baby dan sihat. Selamat berpantang.. ”
” Semoga semua baik2 baby dan mom.. ya Allah sak1t pun senyum comel je maknya.. muka tetap maintain cantik nak beranak pun.. ”
” Sukanya tengok Fazeera ni, tengah sak1t pun tenang je dia kan. Very positif women.. cantik pulak tu muka polos macam tu pun tetap ada seri.. ”
” Ala comelnya ummi ni, senyum selalu dia.. tetap cantik walaupun tengah tunggu nak bersalin. Baby mesti comel ni sebab ummi cun.. ”

Kami di Berita Kopak mendoakan agar Fazeera dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan mudah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat ibu dan anak. Tahniah in advance untuk Fizo dan Fazeera atas kelahiran cahayamata kedua ini, selamat berpantang Fazeera.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

