Artis / Selebriti
” Respect lah dekat Tomok sebab bersikap tenang, ayah yang hebat.. ” – Netizen
Terbaru Tomok Kongsi Video Close Up Keadaan Baju Dan Seluar Yang Terkena Pengilat Kuku Semalam. Respect Tomok, Cool Je Walaupun Terp4ksa Beli Semuanya Dengan Harga Ribuan Ringgit !!
Penyanyi Tomok semalam telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang berada di sebuah butik pakaian berjenama di ibu negara. Dalam video tersebut, Tomok berkongsi cerita apa yang telah terjadi di dalam butik.
Jelas Tomok, anak kecilnya, Siti Khadijah tanpa sengaja telah menumpahkan ‘qutex’ (pengilat kuku) pada beberapa helai seluar dan baju di dalam butik tersebut. Mengakui kes1lapan, Tomok menyatakan yang baju-baju dan seluar-seluar yang terkena pewarna kuku itu akan dibelinya.
Bukan itu sahaja, Tomok juga menunjukkan harga setiap helai seluar yang mencecah ribuan ringgit, manakala baju-baju lain pula dengan harga ratusan ringgit. Tomok berharap jika di kalangan peminatnya yang meminati seluar dan baju berjenama ini, Tomok mahu menjual dengan harga yang lebih murah.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tomok, sekali lagi Tomok memuatnaik video yang mana kali ini Tomok secara dekat menujukkan keadaan sebenarnya baju-baju dan seluar-seluar yang dibelinya semalam. Pada hujung video, Tomok turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak butik kerana telah memberikan diskaun kepadanya semalam.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati apa yang terjadi kepada Tomok sekeluarga. Dalam pada itu, ada yang memuji sikap Tomok kerana tidak melenting dan bersikap tenang dengan apa yang terjadi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Respect lah dekat Tomok sebab bersikap tenang, ayah yang hebat.. Moga murah rezeki Tomok lepas ni ya.. “
” Tp bagus nye Tomok ni. Sabar ek dia. Kalau org lain da rekod2 bergadoh taknk kalah. Lembut je Tomok bercakap. Ade ganjaran lain lepas ni tomok In Shaa Allah Allah maha pemurah.. “
” Rm5 ribu lebih.. Tapi Tomok still tenang utk selesaikan masalah tak m4rah2 anak dia.. U cool brother .. Pre-love n letak sign pastu ada sesi bergambar, mesti balik modal.. “
” Allahuakbar…. Mujur la Tomok ada duit nak bayar.. Kalau org biashe², mahu terduduk kejap.. Semoga urusan Tomok dipermudahkan.. “
” Aduh kesiannya, mohon bertabah ya Tomok.. InsyaAllah ada lah nanti tu orang beli.. Sikit ja kena, rasanya boleh keluar.. “
” Saya doakan semua buyer yg menolong hbiskan baju dan seluar ni semoga Allah gandakan dan limpahkan rezeki kalian dengan rezeki yg melimpah ruah… Aamiin3.. “
” Tkpe, nanti boleh cuci dgn nail polish, semoga ada pembeli murah hati bantu Tomok, inshaAllah Aamiin.. “
Banyak nilai yang dibayar Tomok tu, ujian bulan Ramadhan buat Tomok sekeluarga. Tapi memang terbaik lah Tomok, bersikap tenang sahaja membuat video menjelaskan keadaan sebenar. Semoga selepas kejadian ini, murah rezeki Tomok sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maafkan jasad saya menyusahkan semua. Andai Allah.. ” – Amoi Baju Merah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

