Artis / Selebriti
” Percayalah cakap saya, ada surprise untuk korang.. ” – Bobo

Video Bobo memberi hint apa yang bakal terjadi untuk episod akhir Andai Tiada Dia raih perhatian warganet. Betul ke ni Bobo, jangan buat penonton tak keruan. Fuh ini memang betul-betul plot twist yang bakal surprise kan semua penonton..
Semakin hampir dengan waktu tayangan episod akhir drama hangat Andai Tiada Dia, semakin banyak persoalan yang menerjah ke fikiran penonton. Adakah benar Falah meninggal atau ada plot twist lain yang bakal disajikan kepada penonton sebagai pengakhiran kisah Suri.
Meninjau entry di akaun Tiktok Cik Puan Nora, telah dikongsikan satu sedutan video live daripada salah seorang pelakon drama itu membawa watak Bobo. Ramai yang memarahi Bobo semalam gara-gara Bobo pernah memberitahu sebelum ini yang Falah tidak akan mati.
Namun sebaliknya yang terjadi dalam drama semalam dan ia menimbulkan rasa geram penonton terhadap Bobo. Bobo tenang sahaja dan memberi ruang untuk semua meluahkan rasa marah mereka. Namun ada hint yang Bobo sampaikan untuk episod malam ini.
Kata Bobo, Falah akan kembali dan ada surprise untuk semua episod akhir drama. Tambah Bobo lagi, sesiapa yang mengecamnya pasti akan meminta maaf. Bobo tidak memberikan harapan palsu kerana untuk episod akhir ini, akan ada seseorang yang hadir untuk menggembirakan hati Suri. Siapa orang itu, Bobo tidak memberitahu dan menyuruh semua memikirkannya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikpuanora Banyak plotwist drama ni, dah laa habis ayaq mata aku hari2 buang macam tu jaa. Tisu berkotak2 tak cukup dengan kain baju lagi. Betul2 menjiwai laa rasa macam tak sanggup nak tengok esok tapi nak tau jugak ending dia 😭😭😭 @Bobozz #andaitiadadia #andaitiadadiaepisod36 #umminazeera #zahiriladzim #hisyamhamid #aliciaamin #falahtaksalah #dramamelayu #astroria
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tgk tt zahiril dia ckp Falah Signing Off.. mmg xde dh tu. Tapi mungkin dia comeback jadi orang lain yg muka falah tapi nama lain? Haaaa.. “
” Jgn bg haikal gnti falah ek.. Kami xmau.. Haikal cukup jd kawan je. Tu pn kira untung lah jd kawan.. “
” Kesian suri tu… asyik tukar2 je laki dia.. mata aku lagi 5 minit buta la ni… sbb bgun pon still nangis.. “
” Klise ok kalau tiber falah ada kembar…. Or tiber terjumpa org yg muka sebijik cm falah.. serius talk.. “
” Suri nak redha,redha lah.Sy tak redha.Sy tau falah hidup lagi.jari dia ade bergerak mksdnya dia hidup tu.. “
” Plot twist Suri terlanggar bahu seseorang Dan jatuh barang2 then org tuu tolong Suri lepas tuu Suri pandang ke muka supriseeee… falah 2.0 kembali …. trust too bobo.. “
” Ada watak cameo kan? hero khas iaitu suami sebenar ummi.. tu sebab dia ada dekat tempat shooting.. eleh tau da.. dr izzar hero baru.. “
Semakin berdebar-debar lah semua menanti episod final Andai Tiada Dia malam nanti. Adakah betul Falah akan kembali, betul kah akan ada seseorang yang hadir membahagiakan hidup Suri. Persoalan siapa dia bakal terjawab dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Mungkin ada plot twist yang luar jangkaan semua, sama-sama kita tonton pengakhirannya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Puan Nora, IG Curangtanpaniat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen