Artis / Selebriti
” Patik ingatkan kembar tadi Tuanku.. ” – Netizen
Gambar-Gambar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Bersama 2 Orang Cucunda Yang Baru Lahir. Comel Dan Cantik Nama Baby, Tahniah Buat Tengku Amir Dan Tengku Iman !!
Bagi pengikut keluarga kerabat diraja Pahang, selain putera-putera Al-Sultan Abdullah yang memiliki wajah yang kacak, puteri-puterinya juga menjadi sorotan media. Salah seorangnya adalah Tengku Puteri Iman Afzan.
Beberapa minggu yang sudah, Tengku Iman ada berkongsikan berita gembira tentang kehamilan keduanya. Berkongsikan gambar yang memperlihatkan baby bump yang sudah besar, ianya mendapat ucapan tahniah daripada warganet.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Istana Negara, telah dimuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan Sultan Abdullah dan permaisuri Tunku Hajah Azizah Aminah bersama dua orang cucunda yang baru sahaja dilahirkan.

Sultan Abdullah menimang 2 orang cucu yakni seorang putera anakanda kepada YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser, manakala seorang puteri anakanda kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan. Nama-nama kedua-duanya turut dimaklumkan sama dalam posting ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Khabar gembira ini mendapat perhatian daripada warganet dan ucapan tahniah diberikan atas kelahiran putera dan puteri ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah tahniah Tuanku dan permaisuri menimang cucunda baru. Tahniah juga buat Tengku Amir dan Tengku Iman.. “
” Tahniah Tuanku dapat cucu cucu. Ingatkan dapat kembar tadi, Allah bagi rezeki. Allah Maha Penyayang.. “
” Alhamdulillah, tahniah Tuanku dapat cucunda 2 orang terus. Makin meriah raya Tuanku sekeluarga nanti.. “
” Alhamdulillah, baru je baca kelmarin Tengku Amir dapat baby. Harini dapat khabar Tengku Iman pula bersalin. Comel baby nya.. “
” Patik ingatkan kembar tadi Tuanku, alhamdulillah tahniah Tuanku dan permaisuri. Tahniah Tengku Iman dapat puteri.. “
” Tahniah Tuanku dapat 2 cucu baru. Alhamdulillah Tengku Amir dan Tengku Iman, comel kedua-dua anakanda.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah Tuanku dikurniakan 2 org cucunda yang comel. Salam tahniah juga buat Puteri Iman dan Tengku Amir.. “

Alhamdulillah, cuma berbeza beberapa hari sahaja putera dan puteri ini tarikh keputeraannya. Semoga keluarga diraja ini sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Selamat berpant4ng Tengku Iman dan jaga diri selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara, IG Imanabdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

