Connect with us

Artis / Selebriti

” Part ni auto keluar air mata beb. Auto sedih, sebak sangat tengok.. ” – Komen Netizen

Video Hafiz Suip tidak dapat menahan sebak ketika melihat ibu dan ayahnya muncul semasa Hafiz menyanyikan lagu Pelangi Petang buat ramai yang tersentuh. Terkejut betul Hafiz tengok ibu dan ayahnya tiba-tiba dah ada kat atas pentas. Moment yang sangat menyentuh hati..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram milikΒ  stesen radio gegar.my dan juga akaun TikTok idankbsb, penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip menerima kejutan istimewa daripada kedua ibu bapanya ketika berlangsungnya konsert sulungnya Di Sebalik Aku : Hafiz Suip Live in Concert yang diadakan malam tadi.

Ketika Hafiz sedang menyampaikan lagu berjudul Pelangi Petang, nyanyian asal oleh arwah Dato’ Sudirman, suasana dewan bertukar hening apabila ibu dan bapanya tiba-tiba naik ke atas pentas. Kejutan tersebut bukan sahaja mengejutkan Hafiz, malah turut membuat para penonton tersentuh melihat momen penuh kasih sayang antara penyanyi itu bersama kedua orang tuanya.

Kelihatan Hafiz sebak dan menitiskan air mata sambil memeluk ibunya di atas pentas.Β Perkongsian momen tersebut tular di media sosial selepas ramai peminat rasa bangga dan terharu melihat hubungan erat antara Hafiz dan keluarganya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai antara detik paling menyentuh hati sepanjang konsert Hafiz berlangsung.

Para peminat turut memuji sikap Hafiz yang sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapanya walaupun telah lama bergelar selebriti terkenal. Sehingga kini, video kejutan tersebut telah meraih ribuan tanda suka dan ratusan komen positif daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@idankbsb_285

Malam penuh emosi menyelubungi Mega Star Arena apabila penyanyi Hafiz Suip mencuri perhatian ramai dengan momen syahdu ketika konsert solonya, Di Sebalik Aku Hafiz Suip yang berlangsung semalam. Ketika mendendangkan lagu Pelangi Petang, momen bertukar menjadi sebak apabila ayah dan ibunya muncul di atas pentas. Untuk makluman, ibu Hafiz berkerusi roda selepas kakinya terpaksa dipotong akibat masalah kesihatan. Namun ungkapan Hafiz dihadapan kedua ibu bapanya menyentuh emosi setiap penonton. Inilah pengorbanan seorang anak untuk menjaga syurganya.. AL Fatihah untuk ibu-ibu kita sama ada yang masih hidup atau telah menemui Illahi. credit to : mingguanwanita #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #ibu #mother

♬ bunyi asal – πŸŒΎπŸ’«IdanKbsb_285πŸ’«πŸŒΎ – πŸŒΎπŸ’«IdanKbsb_285πŸ’«πŸŒΎ

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan rasa sebak dan terharu melihat momen penuh kasih sayang antara Hafiz bersama kedua ibu bapanya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Part ni auto keluar air mata beb. Auto sedih, sebak sangat tengok..Β  Tak minta banyak.. Harap Hafiz terus kuat ok.. “

” Org yg melahirkan kita adalah org yg paling ikhlas cintanya buat kita dan tak akan meninggalkan disaat kita jatuh atau bangun..”

” Aku menangis, menagis entah berapa kali tengok video ni.. Hafiz nyanyi ke potong bawang ni.. Janganlah mcmni.. “

” Terbaik ko pis.. Kami org minat dan sokong ko sampai bila2.. Smga ko trus berjaya dlm bidang nyanyian kerana satu kerugian hilangnya artis berbakat bsr mcm ko..”

” Tiada yg lebih bahagia bila insan tersayang hadir tanpa diduga….. Semoga sweets moment ini milik keluarga Hafiz selamanya.. “

” Alaaaaaa.kenapa Bila Hafiz pusing terus Jadi sebak.. Seorang ibu akan sentiasa ada utk anaknya walau dlm apa keadaan sekali pun.. “

” Knp smpai sini sedihnya.. Tetusuknya.. Moga Hafiz terus bangkit dan berjaya sehingga keakhirnya.. Anda memang layak dengan anugerah emas yg di anugerahkan kepada anda ini..anda layak bahagia.. “

Apa yang berlaku malam itu bukan sekadar persembahan seni, tetapi juga bukti bahawa kejayaan sebenar datang daripada doa dan restu ibu bapa. Melihat Hafiz memeluk ibunya di atas pentas menjadi simbol kasih yang tidak ternilai. Semoga Hafiz terus melakar kejayaan dalam kerjaya seninya dan kekal menjadi anak yang membanggakan keluarga serta peminatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG gegar.my, TikTok idankbsb

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright Β© Berita Kopak