Artis / Selebriti
” Part high note tu kelakar, sempat pula Tokti ketawa dekat diri sendiri.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Karaoke Lagu Berpisah Jua Dan Di Penjara Janji Ketika Live Dengan Peminat. Rileks Je Tokti Tarik High Note Sambil Duduk. Meremang Dengar Suara Tokti Walaupun Menyanyi Santai-Santai Jer !!
Sebut sahaja nama penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza semestinya ramai yang mengenalinya. DS Siti antara penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni suara dan mempunyai ramai peminat bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara juga.
Sehingga ke hari ini perkembangan DS Siti sering menjadi perhatian warganet. Meninjau di akaun TikTok, dikongsikan dua video yang memaparkan telatah DS Siti sedang berkaraoke di rumah. Menerusi video itu, DS Siti menyanyikan lagu Berpisah Jua nyanyian asal penyanyi Ziana Zain.
Video kedua pula memaparkan DS Siti menyanyikan lagu bertajuk Di Penjara Janji nyanyian asal oleh Dato’ Awie. Ketika membawa lagu ini, DS Siti menyanyi dengan penuh penghayatan. Namun ketika part korus, kelihatan DS Siti ketawa seketika dan berkata ‘malu’ .

Walaupun menyanyi secara santai, namun suara DS Siti tetap merdu dan sedap didengar. Perkongsian video itu membuat para peminat DS Siti terhibur dengan telatah spontannya. Video-video nyanyian DS Siti telah ditonton puluhan ribu tontoan sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@koi_nazz #sitinurhaliza #ctdk #tokti #sitizoner #datositinurhaliza #fypシ #trending #fyp #fypシ゚viral #foryourpage
@sitinurhalizagallery Nyanyi main main pun sedap haha #sitinurhaliza #gegarvaganza2023 #dipenjarajanji
Di ruangan komen, selain menyukai nyanyian DS Siti, ada yang terhibur dengan telatah DS Siti ketawa ketika menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part high note tu kelakar, sempat pula Tokti ketawa dekat diri sendiri. Tapi padu lah suara Tokti.. Relax jer dia tarik time duduk.. “
” Adoii aku pulak yg berkerut dahi time dia tarik tu.. Dia boleh maintain cantik je.. Sedap suara Dato’ Siti, memang lain dari yang lain.. “
” Haritu tgk Shila Amzah cover masa dlm karaoke. Perghh terus minat SA.. Tp Tokti still no syatuuu.. Dia punya suara memnag tak boleh lawan lah.. “
” Kita plk yang tersengeh tengok Tokti malu nyanyi, hahaa.. Boleh tahan kelakar yer kalau Tokti masuk air, kita pun terhibur jg.. “
” Tengok ulang ulang byk kali sbb suka tengok muka masyallah cantik sgt suara pun sedap.. Dato’ Seri Siti selamanya.. Power… “
” Suka tgk tokti. tak kisah la nyanyi lagu apa pun. sure senyum je tgk dia nyanyi. insyaallah … bagi je lagu ape PON kat mak iti,mak iti akan buat yg terbaik.. “
” Usia dia pn dah berapa.. Zmn dia umur 18thn dlu lain la.. Tp power jgk ni.. Duduk je tu nyanyi.. Mahu kalau orang lain dah pancit dah.. “
Patut lah ramai yang puji, merdu nyanyian DS Siti meskipun dalam keadaan bersahaja. Benarlah apa yang dikatakan oleh para peminat, DS Siti tiada tandingan. Apa-apa pun semoga DS Siti sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta terus maju dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok koi_nazz, sitinurhalizagallery, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen



