Artis / Selebriti
” Odah nangis dengan aku sekali nangis. Ada rasa vibe Akademi Fantasia dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
Video Auddra dan Sharifah Shahirah ketika diumumkan tersingkir dari program realiti Talk To My Manager undang sebak ramai. Sedih betul Odah, bercucuran air mata. Sekali kena prank, automatik boleh bertukar mood. Macam tu je Odah twist, kelakar betul, haha..
Meninjau ke akaun Instagram F8Buzz, perkongsian sebuah video yang memaparkan moment Auddra dan Sharifah Shahirah tersingkir dari program realiti Talk To My Manager semalam telah mengundang sebak ramai orang. Auddra yang mesra dipanggil Odah juga menitiskan air mata.
Peserta yang tersingkir diminta membaca kad penyikiran yang ditulis oleh mereka sendiri. Odah diminta membaca kad tersebut oleh Pak Nil selaku hos. Namun Odah tidak dapat menahan sebak dan tidak mampu membaca sehingga habis.
Suasana pada ketika itu agak menyentuh perasaan kerana ramai tidak menyangka Odah yang akan tersingkir. Ini kerana Odah antara peserta kegemaran ramai yang dinantikan dari minggu lepas. Akhirnya Pak Nil menyatakan tiada penyingkiran pada minggu tersebut.

Apabila mendengarkan pengumuman itu, Odah automatik bertukar mood sedih kepada mood ceria. Memang kelakar lah Odah ni, sama seperti ibunya juga. Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terkejut apabila Odah diumunkan tersingkir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ada rasa vibe Akademi fantasia dulu2. odah tak kan keluar awal sbb ramai nak tengok dia. sepatutnya bukan odah yg keluar emm tk best laa.. “
” Astro plan dgn dia ke? She’s better in acting on this cos it looks real.. Sharifah Shahira dan Odda keluar x dk seri dh la…nasib ada lagi.. “
” Sy suka odah walau nakal tapi nakalnya nakal manja dan masih bijak tahu hormat dan sayang orang tua…sy pasti oddah tidak akan keluar awal dan pasti di antara yang masuk final.. “
” Bebetul laa ada dalam dna dia. yg tak tahan mak dia rmpas mic macam tu je hahaha. korang jangan lupa undi odah tu..dekat gempak astro..boleh 30undian sehari.. “
” Bagus shera sporting.. kak rara kena sampai final, best dorang anak beranak menceriakan program ni. bapa dia kat bawah tu dah nangis dah .. boleh pulak dia prank.. “
” Jangan buat lagi astro macam semalam..terkejut bila nama odah terkeluar..aku kalau odah terkeluar memang tak tgk dah talk manager.. Odah nangis dengan aku sekali nangiss.. “
” Mmg lawa mcm nenek dia. Why odah Tersingkir ni Nooo wayyyy Odah is The besttt okyyyy. odda awak buat yg terbaik tau.. “
Odah sememangnya sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang berharap agar Odah berjaya sehingga ke pentas akhir. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan persembahan Odah pada minggu hadapan. All the best buat Odah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Oii banyak kak, ngeri. Saya pernah reached paling tinggi saya rasa.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah

