Artis / Selebriti
” Nampak macam abah dan mama tengah duduk kat tepi rumah pulak.. ” – Netizen
Jep Sepahtu Kongsi Gambar Terbaru Dua Anaknya, Dariya Inara Dan Muhammad Khidir Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Dua-Dua. Seorang C0py Jep Dan Seorang Lagi C0py Sariyanti !!
Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, perkongsian beberapa keping gambar dua orang anaknya iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir telah meraih perhatian ramai. Ini kerana kedua-duanya kelihatan sangat comel dan seiras dengan ibu bapa mereka.
Ramai menyatakan Dariya banyak mewarisi wajah ibunya iaitu Sari Yanti terutamanya pada bahagian matanya yang bulat dan besar. Manakala Khidir pula banyak mewarisi wajah bapanya iaitu Jep. Mereka menggelarkan sebagai Sari Yanti junir dan Jep junior.
Dalam gambar yang dikongsikan memaparkan gelagat dua adik beradik ini bermain di halaman rumah mereka dengan menaiki scooter. Dariya sangat manis mengenakan baju gaun, manakala Khidir pula mengenakan Tshirt dan berseluar slack.

Perkongsian ini telah menerima lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Dariya merupakan anak ketiga dan Khidir pula merupakan anak keempat buat Sari yanti kerana Sari mempunyai dua lagi anak lelaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel Dariya dan Khidir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netzien :
” Anak lelaki sebijik dengan Jep. Yang perempuan memang acuan Sari. Gambar first tu Dariya buat punchline Sepahtu eh? *pijak kaki Khidir .. “
” Jep rindu nak tngok makcik mcm dulu msa live.. Nampak mcm abah dgn mama tgh duduk² ptg² kat tepi rumah pulak.. “
” Dariya pijak kaki tu, rilek je khidir, tkde nk merengek2 siket ke .. Khidir sebijik apaknya.. manis lahaii senyuman dariya.. “
” Suka sangat tengok Dariya senyum, to the max. Betullah anak2 ni ikhlas dan suci hatinya.. bang jep knape muka anak abg jep sama ngan muka abg jep.. “
” Abahhh mmg jenis kaki takde bulu ke…??? dua dua muka abah, comel.. Dariya senyum, mcm muka abg dia yg sulung.. “
” Dh boleh agak muka brother jep masa kecik mcmne… mest ramai peminat masa kecik.. Senyum hilang mata.. Comell.. “
” jep junior dan sari junior.. Mesti rapat sampai besar nanti.. gado pastu baik balik.. pastu gado. tapi kalau salah sorg xde mmg murung yg sorg lg tu.. “
Comel-comel belaka anak Jep dan Sari Yanti ini. Dariya juga pandai memberikan pose yang menarik dalam setiap gambar yang dirakamkan. Semoga Dariya Inara dan Muhammad Khidir membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah, amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman

