Connect with us

Artis / Selebriti

” Nampak bahagia anak-anak bila bercerita pasal ibu tiri dorang, terharu tengok.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Sabri Yunus Bercerita Mengenai Ibu Tiri Mereka, Angeline Tan Buat Ramai Tersentuh. Bertuah Angeline Dapat Anak-Anak Sangat Sayangkan Dia !!

Semalam sekali lagi pasangan pengantin baru iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertempat di Rose Hall, Glo Mall Damansara, Selangor. Kelihatan Angeline mengenakan baju gaun berwarna putih, manakala Sabri pula berbaju kot hitam.

Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video sekitar majlis tersebut. Menerusi satu video lain pula memaparkan temubual bersama tiga orang anak Sabri, Saidi Sabri dan dua adik perempuannya. Ketiga-tiga mereka berkongsi rasa syukur kerana ayah mereka kembali terbuka hati untuk mendirikan rumahtangga setelah 16 tahun hidup menduda.

Klik gambar untuk info..

Akui anak-anak Sabri, mereka tidak terkejut Sabri memilih Angeline sebagai isteri kerana sejak kecil lagi sudah rapat dengan Angeline dan memanggil Angeline dengan panggilan Auntie. Bahkan ketiga-tiga mereka juga memuji sifat Angeline yang begitu baik dan melayan mereka sudah seperti anak sendiri.

Perkongsian video tersebut telah menjadi perhatian warganet. Ada yang mengatakan anak-anak Sabri sangat memahami Sabri dan menerima kehadiran ibu tiri mereka dengan hati yang terbuka. Sehingga kini, video temubual ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Nampak bahagia anak-anak bila bercerita pasal ibu tiri dorang.. Alhamdulillah anak-anak menerima Angeline dengan sangat baik, terharu tengok.. “

” Elok ank2 nye Sabri Yunus. Brtuah Andini Angelina disayangngi semua kluarga Sabri dn juga org ramai sayang. Moga kebahagian milik mreka Aamiin.. “

” Alhamdulillah syukur, anak-anak bersifat terbuka demi kebahagiaan seorang ayah.. Contoh yang baik.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. “

” Sed1h pulak tengok dan dengar.. Alhamdulillah anak-anak yang baik.. Selamat pengantin baru Abg Sabri dan Kak Angeline.. “

” Anak-anak menerima Angeline dengan sangat baik.. Tahniah anak2 dapat pengganti ibu yang baik.. Semoga keluarga ini terus bahagia bersama.. “

” Awk semua menggambarkan hasil didikan mak awak mcm mana pd anak2.. Terbaik lah Sabri dan arwah isterinya.. Alhamdulillah semoga Allah kekalkan kebhgiaan hingga keakhir nyawa.. “

” Comel2 n sopan anak2 Sabri… Alhamdulillah moga mereka bahgia dgn keluarga mereka.. Sejuk tengok masing-masig bercakap.. “

Klik gambar untuk info..

Seronok anak-anak Sabri apabila melihat ayah mereka kembali bahagia bersama pasangan barunya, tak henti-henti memuji ibu tiri mereka begitu baik. Apa-apa pun, tahniah buat Sabri dan Angeline. Semoga ikatan perkahwinan kalian ini akan terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mediahiburanofficial, angelinetanyy, TikTok mediahiburanofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT