Artis / Selebriti
” Nakalnya depa ni, tak serik-serik eh 2 ketul ni. Tepuk dahi bapak korang tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Zaki Yamani dan Ahmad Merrah mengajuk suara ayah masing-masing di konti radio buat ramai terhibur. Part Zaki dan Merrah tukar suara dan ajuk lakonan Dato’ Jamal dan Dato’ Awie tu paling lawak. Berdekah dibuatnya, haha..
Nama Zaki Yamani dan Ahmad Merrah tular di media sosial gara-gara mereka mengajuk gaya nyanyian ayah mereka, Dato’ Jamal Abdillah dan Dato’ Awie. Tidak hanya mewarisi wajah yang seiras dengan ayah mereka, kedua-duanya dianugerahkan dengan suara yang persis ayah mereka juga.
Memandangkan video Merrah dan Zaki selalu viral, 2 sahabat baik ini telah pun diundang ke konti Era FM untuk bersama-sama team 3 Pagi Era, Radin, Pak Azad dan Ryan Bakery. Pelbagai telatah lucu terjadi sepanjang Zaki dan Merrah berada di konti Era.
Terdapat beberapa moment menarik yang mendapat perhatian warganet antaranya ketika mereka diminta untuk meniru gaya nyanyian, meniru gaya lakonan dan bertukar suara ayah. Zaki sememangnya seorang yang kelakar dan bijak mengajuk ayahnya.

Merrah juga tidak kurang nakalnya dan perangai gila-gilanya tak ubah seperti Dato’ Awie. Pak Azad berdekah ketawa ketika melihat Zaki meniru suara Dato’ Awie dan Merrah meniru suara Dato’ Jamal. Berbakat sungguh Merrah dan Zaki. Boleh menjadi penyanyi, pelakon dan pelawak juga.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca:
” Tak sangka anak2 mereka mewarisi bakat bapa.. ni baru betul anak2 bapak.. harap dato awie hantar anak dia belajar vokal.. sedap tau suara ahmad merrah dan perangai dia macam mewarisi dari dato awie.. zaki memang tau dah berbakat dan suara macam bapa dia.. “
” Gabungkan sekali dengan ayah2 dorang Dtk Awie & Dtk Jamal & sons.. Mesti best.. Haih nasib la ek Tok Awie & Tok Jamal dapat anak2 masuk air gini.. “
” Ya Allah.. geram nye la aku dengan si zaki yamani ni. balik minta ampun dik.. Haha notty nya depa ni ya Allah.. merrah pun boleh tahan haha.. X serik² eh 2 ketol ni haha.. “
” Bapak masing2 punya laa serius & berkarakter kuat… dapat kat anak2 masuk air. acik suka.. Tepuk dahi bapak ko tgk. Penyudahnye merrah pon boleh buat suara jamal.. “
” Bertuah punya Anak.. Aku rasa nak tampar jer zaki ni haha.. anak jamal lawak, anak awie pun masuk air.. Nak tau mcm mana notinya awie masa muda dulu tgk anak dia.. kini terbongkar segala rahsiaaaa.. “
” Tolong laaa temukan 4 beranak nie.. nk tgk Zaki berani x baham baba dia depan depan hahah.. Kemain membahan Ayah masing2.. tapi sumpah Talented lah 2 org ni.. suara dorang sedap.. “
“Aduhhhaiiii Merah… mewarisi keromantisan Dato Aawie.. Saya cukup teruja tengok kedua anak² lagenda ni.. saya ulang tengok ada la 10x x puas tengok Zaki & Merah ni.. Datok Jamal bgus la wpon dia mcm tu dulu tp tegas bab solat.. “
Meriah konti Era dengan gelagat Zaki dan Merrah yang penuh dengan keceriaan itu. Pak Azad, Radin dan Ryan juga terbahak ketawa dengan celoteh dan perangai masuk air 2 anak penyanyi lagenda ini. Semoga Merrah dan Zaki akan menjadi pelapis kepada ayah mereka ini dan menjadi penyanyi yang tersohor.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

