Artis / Selebriti
” Music video yang sedih, betapa menggunung harapan Amek dan Apak pada Unuk.. ” – Netizen

Official Music Video Lagu Amir Sisi Berjudul Ayah Ibu Buat Ramai Sebak. Lakonan Mantap Amek Dan Apak Amir Tanpa Suara Juga Buat Ramai Yang Tersentuh. Besarnya Pengorbanan Mereka Untuk Unuk, Touching Sangat !!
Setelah berbulan menanti, music video rasmi lagu Amir Sisi berjudul Ayah Ibu telah pun disiarkan di akaun media sosial dan Youtube Channel Rocketfuelent selaku penerbit single Amir itu. Ramai yang ternanti-nanti MV ini sejak dari single Amir release lagi dan ternyata ianya penantian yang berbaloi.
Meninjau akaun Instagram Rocketfuelent dan Astro Ceria, telah dikongsikan sedikit sedutan music video tersebut. Dalam MV ini, kedua ibu bapa Amir yang dipanggil Amek dan Apak turut berlakon. Berlatarbelakangkan perkampungan Amir di rimba, music video ini menyentuh hati ramai.
Sebagaimana lirik lagu ini yang menceritakan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan dan berkorban apa sahaja demi kebahagiaan dan masa depan anaknya, itu yang cuba dipaparkan oleh team Rocketfluelent menerusi music video tersebut. Lakonan Amek dan Apak Amir juga berjaya menambahkan lagi rencah dalam video itu.
Mendengar suara Amir sambil menonton music video membuatkan ramai di kalangan warganet yang menangis kerana teringat kepada kedua ibu bapa. Tak terbayar segala yang kedua ibu bapa berikan dan harapan menggunung untuk melihat kejayaan si anak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allah.. part unuk solat bersama amek dan apak buat cgu jadi sebak. Siapa sangka taqdir Allah, Allah permudahkn perjalanan unuk utk kembangkan bakat yg ada.. ”
” Jangan sia² kan bakat yg ada ya unuk.. semoga unuk jadi anak yg soleh dan berbakti buat amek apak.. menggunung harapan amek apak, melangit harapan cgu² pada unuk.. ”
” Alhamdulillah…. terbaik Unuk… teringat pengorbanan arwah ayah dan mak dulu membesarkan serta mendidik hingga berjaya kini.. ”
” Ya Allah dengar plak time2 macam ni, teringat mendiang apak, Kita ni mudah touching betul, meleleh air Mata… how I wish apak is here, nak peluk apak kuat2, rindu apak sangat2.. ”
” Sebak… teringat kepayahan ayah ibu besarkan kami 7b eradik… mula2 berpindah ke tanah felda tahun awal 70an.. Tahniah adek Amir, guru2 yg bnyk membantu Amir kepentas utama.. ”
” Amir Tahniah….. Terbaik, Mantap dan Amazing… Suara, Lirik dan Video Musik di satukan cukup sempurna.. ”
” Music video yang best dan sedih. Feeling tu sampai dlm hati saya.. dengr sebaris… terus nangis .. terbaik unuk.. semoga unuk terus berjayaa .. aamiin.. ”
Terbaik lah music video adik Amir ini, segalanya diungkapkan dalam satu video. Kepayahan dan pengorbanan Amek dan Apak Amir demi memastikan Amir menjadi insan yang berguna kepada semua. Setinggi mana pun Amir terbang, jangan pernah sekali lupakan jasa Amek dan Apak.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rocketfuelent, Youtube Channel Rocketfuel Entertainment
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin