Connect with us

Artis / Selebriti

” Mommy cantik, anak-anak pun herlok. Ulang-ulang kita tengok, super love.. ” – Netizen

Video Penampilan Rita Rudaini Bersama Anak-Anak Lelakinya, Airit Rayyan Rizqi Dan Airit Qaqa Arjuna Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Mak Awer Muda, Anak-Anak Makin Besar Makin Handsome. Macam Kakak Dengan Adik Je !!

Nama Rita Rudaini bukan nama asing buat peminat dunia hiburan. Selain karier seni, kehidupan Rita bersama anak-anaknya juga seringkali mendapat perhatian warganet. Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna tumbuh membesar menjadi anak yang sempurna didikannya.

Meninjau akaun Tiktok Hazelhisham, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rita bersama Rayyan dan Qaqa dalam satu sesi photoshoot. Comel sahaja melihat telatah dua anak teruna Rita itu, masing-masing pandai posing dan bergaya santai sama seperti mummy mereka.

Klik gambar untuk info..

Melihat wajah Rita yang tidak dimamah usia ini, ramai yang memuji kecantikan Rita. Seperti melihat kakak bersama adik-adik sahaja. Rayyan yang sudah belasan tahun usianya itu kelihatan segak dan tinggi orangnya, hidung pun mancung seperti mummynya.

Si adik pula saling tak tumpah seperti wajah Rita. Baik Rayyan mahu pun Qaqa, dua-dua berwajah manis dan sejuk mata memandang. Untung Rita ada 2 orang pendamping yang selalu setia menemani Rita dan menjadi anak-anak yang bijak dan baik tingkah lakunya.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@hazelhisham

we are proudly present our ritrudxhazehisham campaign for Raya 2024! dm us for more info🥰

♬ original sound – hazelhishamofficial – hazelhishamofficial

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 59 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Ni Baru betul ambil org² yg good vibes Jadi model.. yang ketgahkan model ibu tunggal yg berjaya mendidik anak2.. ”

” Tiada yang lebih hebat boleh diganding dgn supermom rita, hanya ryan dan arjuna.. ini baru betul job bagi dekat ibu tunggal.. ”

” Satu-satunya iklan yang aku tengok sampai habis.. woww.. model yang tepat. gabungan ibu dan anak.. makin macho Rayyan, Qaqa pun segak.. Rita always cantik.. ”

” cantiknya rita.. anak anaknye pun dh besar.. handsome pulak tu.. berkawan dgn anak anak lg best.. jiwa tenang je.. ”

” Terima kasih pada butik yang ambl rita dan anak2 sbg model bagi mperagakan busana melayu. Segak smuanya.. macam kakak dengan adik-adik.. ”

” Alhamdulilah seorang ibu berjaya membesar kan anak-anak sabar itu indah.. pertama kali nye sy x scroll iklan, sy tgok sampai habis.. ”

” Tinggi dah abang rayyan daripada Ibu.. lawa gila  rita rudaini ni mmg minat sungguhhh.. mommy cantik dan hebat. anak anak pun herlokks.. super lurvee.. ”

” Berkali- kali tengok, menarik sampai tak puas tengok. Rita ni mmg tak tua-tua ke cantik sama je macam dulu.. ”

Klik gambar untuk info..

Pasti ramai yang tak puas melihat penampilan Rita dan anak-anaknya. Tentu ramai peminat Rayyan dan Qaqa. Apa-apa pun, semoga Rita dan anak-anaknya ini bahagia selalu dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Hazelhisham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT