Artis / Selebriti
” Mira nak tengok sifu eh, macam mana couple sweet.. ” – Ernie Zakri

Video Syamel dan Ernie Zakri mengusik Amira Othman ketika Amira join sesi live mereka buat ramai terhibur. Amboi, selamba je bagi tips dengan Fattah Amin. Siap ada level couple lagi. Lawak lah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Bazaarmadu3, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Syamel dan Ernie Zakri telah meraih perhatian ramai. Dalam sesi live tersebut secara tiba-tibaΒ mereka terperasan Amira Othman telah memasuki live mereka.
Ernie terus bertanya sama ada ini merupakan Amira Othman yang betul atau pun tidak. Apabila Amira mengaku akan dirinya, terus Ernie pura-pura malu kerana sebelum itu sudah pun mengusik Amira. Pasangan ini meminta Amira mengirimkan salam mereka kepada Fattah Amin.
Sempat lagi pasangan ini berkongsi beberapa tips untuk menjadi sweet couple dengan beberapa level. Menurut Syamel dan Ernie, Amira masih lagi di level dua untuk perkenalan Amira dan Fattah. Ada 10 level rupa-rupanya untuk menjadi sweet, haha.
Perkongsian ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kuat menyakat pasangan ini, sama-sama ‘ masuk air’ mengusik Amira. Nampaknya pasangan selebriti ini juga merestui hubungan Amira dan Fattah jika benar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar usikan pasangan suami isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Aku pulak terikut2 sengih tengok 2 orang. Sebab aku pun buat level yang dia mention tu kan. aku sengeh sekali la wehh mslhnye.. “
” Alhamdulillah . Korang memg jodoh terpaling terbaikkk diabad ini . SamoΒ² masuk air laki bini ni la .Β sakit hempedu aku gelak kan korang ni la.. “
” Full support dari semua rakan artis. Kita pon approve. Akak penat tersengih tengok video awak berdua lupa puasa …tersengihhhh sorangΒ² by the way akak setuju.. “
” Syamel Ernie dah ada chef yg bijak wat kek cawan coklat.. sakan membahan member mentang2 member2 tu jauh.. Kaw2 depa bagi ehhh.Β “
” Lom abis Fatah amira,, BASS pula muncul .. Kuat menyakat laki bini,sama naik.. pedih perut meleleh air mata gelak tgok dedua perangai niiiii.. “
” Amira othman tu kalau jumpa in rral live lawa gila. Muka mcm minah arab yg saeng2 sharifah gitu.. Hahahaha adoii sakit perut gelak.. “
” Menjadi2 ek 2 ketul ni..tapi saya suka suka suka.. Hadoii lawak dua laki bini ni mau dilagakan kepala senin jek muka membahan ekkk.. “
Memang sesuai sangat pasangan ini berkongsi tips kerana kita melihat mereka pun kelihatan begitu sweet. Sampai tersengih-sengih melihat sesi live Syamel dan Ernie ini. Agaknya bagaimanalah reaksi Amira apabila mendengar usikan mereka ini. Memang selamba sangat ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bazaar Madu3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen