Artis / Selebriti
” Meremang dengar suara lunak Amir dan bait lagu serta irama lagu ni. Menusuk hati.. ” – Netizen
Video Persembahan Amir Sisi Di Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan Di Johor Bahru. Sedap Betul Nyanyian Amir, Penuh Penghayatan Dan Sampai Ke Hati. Lagu Amir Menyanyi Dengan Adira Suhaimi Dan Santesh Tu Pun Padu !!
Tahun lalu, adik Amir Sisi yang merupakan Orang Asli suku kaum Temiar telah dinobatkan sebagai juara bagi program The Chosen One musim pertama. Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Selepas muncul juara dalam program nyanyian tersebut, Amir muncul dengan single sulung berjudul Ayah Ibu. Lagu single tersebut mendapat pujian daripada ramai pendengar kerana irama dan suara yang dinyanyikan oleh Amir menerusi lagu itu sangat merdu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Rocketfuel telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Amir membuat persembahan di Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Johor Bahru semalam.

Menerusi video itu, Amir mendendangkan lagunya, Ayah Ibu. Selain itu, Amir juga berduet bersama penyanyi Adira Suhaimi, Santesh membawa lagu ‘ Sejahtera Malaysia’ . Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ni. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terpegun semua dengar nyanyian Adik Amir, sedap suara dia.. Meremang dengar suara lunak Amir dan bait lagu serta irama lagu ni. Menusuk hati… Bintang yg sidang digilap.. “
” Mantap adik Amir.. Moga terus dikurniakan rezeki dan berjaya didunia juga di akhirat.. Sedap betul suara adik Amir.. “
” Rocketfuel tlg buat lagu baru unuk tema kemanusian mesti meletop.. Please masukkan lagu amir dalam radio.. Pasni wt lagu irama malaysia pulak.. “
” Bestnya adik Amir… Ada Adira sekali.. Dah popular dah adik Amir ya.. Semoga terus berjaya ya adik, insyaallah pasti akan berjaya nanti.. “
” Sedap suaranya Amir klu nak lg sedap buka mulut luas lg Mir.. Pasti lg sedap dan jelas.. Mcm ni pun dh buat org meleleh air mata… Semoga terus berjaya Ammir.. “
” MasyaAllah adik sedap anugerah terindah Allah bgi kamu.. Suara tue gunakn pd jalan yg betul ye.. Alhamdulillah sedap n merdu suara penuh penghayatan. Terbaik n syabas unuk.. “
” Sikit ni pun dah meremang bulu roma ni… Alahai tak sabar.. Dengar dh lagu Amir, syahdu terbaik lah Amir, semoga terus berjya.. “
Ramai yang memuji kelunakan suara Amir dan terpegun dengan persembahan yang dibuat oleh dirinya. Selain itu, warganet turut mendoakan semoga Amir terus maju jaya dalam bidang yang diceburinya dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

