Artis / Selebriti
” Masyallah Amad Dayyan, sedapnya suara, penuh penghayatan, Amad nyanyi menusuk ke jiwa…. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah, Amad tampil memukau menyanyikan lagu ‘Mencintaimu’ yang dipopularkan oleh Kris Dayanti. Sedapnya lagu ni dalam versinya Amad, penuh penghayatan. Menyanyi sambil duduk pun, mantap lah Amad..
Anak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Amad, mencuri perhatian ramai apabila tampil menyanyikan lagu ikonik “Mencintaimu” nyanyian asal Kris Dayanti ketika dijemput di konti HotFM baru-baru ini.
Dengan pembawaan yang penuh emosi dan kawalan vokal yang matang, Amad menyuntik nafas baharu dalam lagu tersebut, menjadikannya seakan-akan milik sendiri. Walaupun masih baru dikenali ramai, Amad sudah menunjukkan potensi luar biasa menerusi kemerduan suaranya yang jernih dan penuh perasaan.
Ramai yang memuji versinya yang tersendiri, dengan sentuhan vokal lembut dan susunan muzik yang lebih minimalis, namun tetap menyentuh hati pendengar. Turut berada di sisi Amad ialah ibunya, Siti Saerah yang kelihatan tersenyum bangga melihat bakat yang dimiliki oleh anaknya.

Ramai peminat mula mengikuti perkembangan Amad di media sosial dan mengharapkan lebih banyak persembahan daripadanya selepas ini. Jika terus diasah dengan konsisten, tidak mustahil Amad bakal menjadi bintang pelapis yang mampu mengangkat martabat industri muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kemerduan suara Amad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sorry suara sedap dah cuma lari sgt dri melodi asal faham nk cara sendiri toi too much improvise for me huhu.. Kenapa nampak ammad ni cam merqeen ehh… “
” Best suara dia… Ada gaya tersendiri menghayati lagu tu.. mak dia sempoi ja Saerah ..Sedap juga merqeen menyanyi ek.. “
” Dia ada intonasi sendiri. Lenggok lenggok dia masih seperti mak n makcik dia. Biasa ar kata orang suara kan salah satu dari genetik.. “
” Next Siti Nurhaliza!! keep the momentum Amad.U can go far insyallah!! Harap bila suara dia dah akil baligh nnt akan tetap merdu.. “
” Nak tengok Amad Dayyan bertanding di The Chosen One. Allahuakbar dgr adik ne nyanyi teringat memory bersama arwah anak ..rindu anak syurgaku.. “
” Auntie dah lama jadi big fan Amad Fly high Amad.. Masyallah amaddayyan sedapnya suara, penuh penghayatan, Amad nyanyi menusuk ke jiwa.. “
” Semoga suatu hari nanti amad akan ade lagu sendiri.. Sedap sgt suaranya.. Terus jadi kebanggaan ibuayah ye.. Tgk amad ni mcm mamat exist zaman dulu2.. “
Dengan bimbingan yang tepat dan semangat yang tinggi, Amad dilihat mampu melangkah jauh dalam dunia seni suara, seiring dengan legasi keluarganya yang telah lama mengharumkan nama Malaysia di persada muzik nusantara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti1 day ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


