Artis / Selebriti
” MashaaAllah Tabarakallah, Abeer mewarisi bakat mama, sedapnya Abeer baca.. ” – Komen Netizen
Video bacaan ayat suci Al- Quran anak Sharifah Khasif, Abeer Widad Muhammad Hizal yang baru berusia 10 tahun ketika pertandingan tilawah peringkat kebangsaan. Sedapnya alunan bacaan Al-Quran oleh Abeer, macam ibunya juga. Memang layak bergelar Johan Kebangsaan..
Meninjau ke akaun Instagram Sharifah Khasif, perkongsian terbaru yang dimuatnaik telah meraih perhatian ramai. Anak Sharifah Khasif iaitu Abeer Widad Muhammad Hizal berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Kebangsaan Sekolah-sekolah Malaysia pada usia yang sangat muda, hanya 10 tahun.
Kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan keluarga, bahkan menyuntik semangat luar biasa dalam kalangan masyarakat pencinta Al-Quran. Ia bukti jelas bahawa legasi keilmuan dan kecintaan terhadap Kalamullah yang disemai oleh ibunya, kini subur mekar dalam diri anakanda tercinta.
Kemenangan Abeer bukan sekadar tentang kejuaraan, tetapi cerminan dedikasi, usaha gigih serta bimbingan berterusan daripada seorang ibu yang bukan asing dalam dunia tilawah Al-Quran. Dalam usia semuda itu, Abeer menunjukan kecintaannya kepada Al-Quran dengan begitu mendalam.

Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet yang bangga melihat kejayaan Abeer. Sharifah Khasif turut memuatnaik video bacaan ayat suci Al-Quran oleh anaknya ketika pertandingan tersebut. Sungguh menusuk ke jiwa.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Jom tonton video di bawah :
Netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa. Ramai melihat pencapaian Abeer sebagai satu inspirasi buat generasi muda untuk lebih dekat dengan Al-Quran sejak awal usia :
” MashaAllah. Tahniah ustazah, jd ibu yang hebat, guru pertama buat anak2. Doakan sy jd ibu hebat berjaya didik anak juga Aamiin.. “
” Alhamdulillah tahniah dik.. MashaaAllah masih baby2 masa jumpa dulu. Alahai Abeer.. terharunya dengar bacaan.. “
” MashaaAllah Tabarakallah… Tahniah abeer sama dengan nama anak saya ‘Abir Husna.. Anak solehah moga terus berjaya.. “
” Mcm umi dia time kecik2 semua competition ko sapu juara Congrats.. Mabruk. Terbaik anakanda dan Ustazah sekeluarga. Barakallahu fikum.. “
” Abeer mewarisi bakat mama…aunty saksi mama Abeer tapaw bersih MTQ sekolah2 zaman 90an dl…tahniah sharifahkhasif_official berjaya mewarisi bakat ke ank pulak.. “
” Kalau la tokwan Badiuzzaman ada mst dia happy tgk cucu pn pandai bertaranum.. Jumpa juga video anakanda Abeeer.. Haza min fadli rabbi.. “
” Masa sy lalu kot surau, dengar peserta sdg baca…terus tnya ustaz2 kt luar tu, eh sedapnya adik ni baca MasyaAllah peserta mana ni…ustaz tu bgtau, anak ustazah sharifah khasif…waaah patutla power baca tahniah ustazah.. “
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang berteraskan al-Quran, dan semoga Abeer terus membesar sebagai permata ummah yang bukan hanya celik ilmu, tetapi juga penuh adab, akhlak dan kasih pada Kalam Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharifah Khasif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

