Artis / Selebriti
” Masalahnya ada gambar lain bawah tu. Wallpaper tu screenshot ke, haha.. ” – Komen Netizen
Video Khai Hassan terjah Roslan Shah dalam segmen Korek Kereta raih perhatian ramai. Wah pembersih betul Cik Lan ni, kemas elok dalam keretanya. Part kantoi gambar wallpaper telefon tu kelakar. Malu-malu Cik Lan kantoi dengan Khai, haha..
Bagi yang mengikuti Khai Hassan di akaun TikTok miliknya pasti mengetahui yang Khai sering membuat video segmen Korek Kereta para selebriti. Antara yang pernah diterjah oleh Khai adalah penyanyi Shila Amzah, Raja Azura, Dato’ Aliff Syukri dan ramai lagi.
Terbaru, Khai ada memuatnaik video yang memaparkan kali ini, dia telah menerjah Roslan Shah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Lan untuk segmen Korek Kereta. Menerusi video itu, Khai memulakan dengan melihat keadaan belakang seat penumpang kereta Cik Lan.
Khai memuji keadaan dalam kereta Cik Lan begitu bersih. Bukan itu sahaja, di bahagian hadapan juga kelihatan begitu kemas dan dijaga rapi oleh Cik Lan. Ketika sedang meniliti beberapa barang peribadi Cik Lan, Khai tertarik dengan sebuah beg kecil.

Tak disangka dalam beg tersebut Cik Lan menyimpan sehelai sejadah yang telah dlipatnya. Kata Cik Lan, sejadah itu digunakan ketika dia berhenti di mana-mana kawasan rehat untuk menunaikan solat. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
@kai.hassan_ KOREK KERETA X @Roslan Shah – Cik Lan @QU PUTE BARULA PUTE stanbyee ye 🤣 #korekkereta #korekkerataartis #korekkeretaselebriti #kaikorekkereta
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Yang ni memang kelakar. Tapi bersih betul dalam kereta Cik Lan.. Masalanyaaaaaaaa wallpaper tu screenshot ke.. HAHAHAHAH ADA GAMBAR GAMBAR LAIN BAWAH TU.. “
” Paling respect tengok cara cik lan simapn sejadah dlm beg istimewa tu.. Semoga Cik Lan cepat naik pelamin yer, dan bahagia selamanya.. “
” Klu org tu tak pnting.. Takkan buat wallpaper kan…Hehehe.. Cik Lan jangan tunggu lama2, nanti dia di ambil orang, hehe.. “
” Kenapa kalau tgk Cik Lan dan DSV ni saya yg excited sgt..hahaha..semoga ada jodoh mereka, nampak sepadan, serasi sangat.. “
” Diorang dah tunang aritu kat Ipoh.. Tpi majlis trtutup sja.. Aku org jauh pun tahu crita ni.. Kita doakan semoga semua urusan Cik Lan dan Datuk Vida dipermudahkan.. “
” Aku nampak orginal dalam hubungan Cik Lan dan Dato… Pembersihan orang nya, mesti hati pun bersih,, Kami restu Cik Lan dan Dato.. “
” Memang sahhhhhh Cik Lan hangat bercinta dengan Dato’ Vida ni.. Hahahahahha pasangan sejoli, cepat kahwin pls.. “
Part kantoi wallpaper telefon mencuit hati warganet. Malu-malu Cik Lan apabila Khai tengok gambarnya bersama Dato’ Seri Vida. Pada akhir video, Khai ada bertanya kepada Cik Lan, siapakah selebriti yang dia mahu Khai terjah untuk segmen Korek Kereta. Kata Cik Lan, siapa lagi kalau bukan tunangnya, Dato’ Seri Vida, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok khai.hassan_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen

