Artis / Selebriti
” Masa dia tenung Dekta mesti dia terbayang arwah Sarah masa kecil dulu. Atok buat aku makin sedih.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Raissuddin Hamzah ketika datang support cucunya, Talita menyanyi busking di Bukit Bintang semalam buat ramai tersentuh. Dulu teman arwah Siti Sarah, sekarang teman cucunya pula. Sebak dengar ucapan atok selepas Talita menyanyi..
Pagi ini rata-rata warganet masih lagi bercerita mengenai persembahan secara terbuka buat kali pertama anak perempuan tunggal Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra. Sambutan yang diberikan oleh penonton sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan.
Seawal jam 5 petang lagi sudah ada yang datang untuk melihat dengan mata sendiri Talita menanyi. Suara Talita sering dikatakan persis arwah ibunya, Siti Sarah. Talita ditemani oleh Shuib, Watie Hanifiah dan guru vokal merangkap atok kesayangannya, Raissuddin Hamzah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Raissuddin sepanjang berlangsungnya busking semalam. Tidak berganjak Raissuddin dan setia berada di belakang Talita ketika Talita membuat persembahannya itu.
Melihat sokongan Raissuddin terhadap Talita membuatkan ramai yang sebak kerana mengenangkan kenangan lama antara Raissuddin dan Siti Sarah. Pada pengakhir persembahan, Raissuddin ada memberikan sepatah dua katanya kepada semua yang hadir di situ.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@era.je Terima kasih atuk train adik Thalita walaupun baru berapa hari 🥺 InshaAllah ERA dan semua doakan, Adik Thalita akan jadi seorang penyanyi yang hebat macam Arwah Siti Sarah 💚 #ERARadioNo1PalingLegit
@era.je Dulu mendidik anak perempuan Arwah Siti Sarah dalam persembahan, kini @raissuddin_hamzah didik cucu nya pula 🥺 Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik 💚 #ERARadioNo1PalingLegit
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Atuk dia ni memang function teruk tau. uwais pun top golfer selalu atuk dia support. kasih ayah pada anak yang tiada.. “
” Bukan senang nak dapat atok macam ni. atok sangat supportive. sgt berkasih sayang MasyaaAllah. Atok Raissuddin ni buat aku makin sedih tau.. “
” Beria dah acik nangis ni thalita. awk kuat semangat syg. atok awak lagi kuat semangat.. Atuk dia ternyata masih rindu cuma tak mampu untuk diungkapkan.. “
” Bagus betul ayah alm siti sarah,. dia mula ciptakn lgi siti sarah yg ke 2, pasti dulu dia juga ajar siti sarah sprti dia ajarkn cucu dia ni.. “
” Masa dia tenung thalita mesti dia terbayang arwah anak dia masa kecil dulu. Mmg nampak dari raut wajah atok dekta. Kita tengok yang sebak, apatah lagi perasaan beliau.. “
” Atok dia mmg support habis.. Ingat lagi arwah Siti Sarah pernah bg tahu, ayah dia guru vocal dia.. Kalau salah nyanyi habis la.. Garang.. Syg betul dengan cucu dia.. “
” Sedih tgk atoknye, skali lg lalui ape yg dilalui dgn arwah Sarah.. ibarat ulang tayang perjalanan Dr 0.. dulu anak perempuan tunggal…. skrg cucu arwah perempuan tunggal.. “
” Terharu tengok atok nya dengan dekta. bersungguh sungguh dia didik sebagai penyambung generasi Siti Sarah.. “
Jika dahulu ke mana-mana atok Raissuddin menemani Siti Sarah sehingga Siti Sarah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kini giliran atok mencipta semula Siti Sarah ‘kedua’. Semoga impian Talita untuk menjadi penyanyi seperti ibu tercapai. Jangan putus asa Talita dan teruskan belajar dengan atok Raissuddin sehingga berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen