Artis / Selebriti
” Macam rumah mat salleh yang bina pinggir-pinggir tasik.. ” – Netizen

Video Rumah Kebun Sharifah Shahirah Berkonsepkan Rustik Raih Perhatian Ramai. Wah, Cantik Betul Rumah Kebun Shiera. Nampak Tenang Dan Nyaman. Siap Ada Jakuzi Lagi !!
Meninjau ke akaun Instagram Sharifah Shahirah atau Shiera, perkongsian sebuah video yang memaparkan rumah kebun Shiera telah meraih perhatian ramai. Rumah kebun Shiera ini terletak di Ulu Dong Raub, Pahang siap dibina sekitar tahun 2020.
Apa yang menarik ialah rumah ini berdekatan dengan sungai dan dikelilingi dengan pokok durian. Rumah ini dibina berkonsepkan rustik dilengkapi dengan bilik, ruang tamu, dapur dan juga bilik air. Manakala di ruangan atas pula merupakan ruang santai.
Menurut Shiera, rumah tersebut dibina mengikut budget yang mereka ada dan ia tidak lah begitu besar. Hanya sekadar muat untuk mereka sekeluarga berkumpul dan meluangkan masa bersama. Di bahagian luar rumah juga terdapat sebuah jakuzi.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji rumah kebun Shiera yang nampak cantik walaupun dengan hiasan dan perabot yang cukup minima.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji keindahan rumah kebun Shiera. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ni orang kaya yang pandai. Tak mewah, tapi pandai urus harta. Bukan kaya bergaya.. Best rumahnya… Boleh jana pendapatan..buat camp site.. “
” Paling suka rumaj ni mcm bukak rezeki utk sheira sekeluarga. Ramai jer kwn2 nk dtg lepak sama2.. Suka kita tgk.. kg kami memang cantik..banyak pokok2 durian.. “
” Tapi lawo betholl.. Keh suka mek rumah kebun gini gaye ehh.. tapi siyes mmg nampak cantik and minimalis .. mantap kak.. cantik dan best.. “
” Aliran air tu buat laa bg dalam skit.. bole mndi2 puas skit.. Berapa kos buat rumah kebun kaka rara? boleh sewa ke.. cantik.. “
” Masyallah best cantiknyaa.. Rindu kebun di pamah kulat… Kami nk p camping blh dak kak… cantiklaa kebun akak… “
” Akak suka pergi ke Raub… kebetulan anak belajar di sana… mmg seronok…nyaman dan damai… time musim doyan… mmg pergi beli durian dlm kebun org di Ulu Dong… “
” Mcm umah mat saleh yg bina pinggir2 tasik… sungai ni.. Cantiknyaa asyik tgk video n gambar je. Boleh tak kita nak tumpang pacak khemah kt kebun? “
Wah, cukup tenang dan mendamaikan rumah kebun pasangan ini. Sangat sesuai untuk menenangkan fikiran dan jauh daripada kesibukan kota. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Shiera dan suaminya, Ijoy dan dimurahkan rezeki selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar