Artis / Selebriti
” Macam ni rupanya cara kerjanya, bukan salah cameraman lah kalau tukar-tukar.. ” – Netizen

Video Di Belakang Tabir Tugas Seorang Penerbit MCP (Multi Camera Production) Untuk Suatu Rancangan Hiburan TV Raih Perhatian Ramai. Wah, Bukan Mudah Rupanya. Setiap Masa Kena Bagi Arahan Dan Kena Pastikan Ikut Masa Yang Tepat, Hebat Lah !!
Meninjau ke akaun Instagram RTM Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan tugas di belakang tabir seorang penerbit MCP ( Multi Camera Production) ketika mengendalikan suatu program hiburan secara langsung telah meraih perhatian ramai.
Rupanya bukan sesuatu yang mudah menjadi seorang penerbit MCP. Mereka perlu sentiasa memberi arahan kepada jurukamera sepanjang program berlangsung. Tambahan pula jika ia merupakan rancangan hiburan, penerbit MCP perlu tahu tempo setiap lagu.
Ini bertujuan fokus jurukamera sesuai dengan persembahan yang dipersembahkan. Apabila dikongsikan video sebegini ia dapat memberi pendedahan kepada orang ramai yang tugas sebagai seorang penerbit MCP bukan lah semudah yang disangka.
Perkongsian ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tugas penerbit MCP lebih kurang sama seperti konduktor muzik yang mana mereka perlu peka dengan mata dan telinga untuk memberi arahan kepada jurukamera.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang kagum dengan tugas sebagai seorang penerbit MCP. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mcp susah klau xde pnglamn and xde feel but it’s fun tbh Rindu zman Bljr dlu nerves sbb lecturer sblh bahu je.. Kena byk buat editing lg kot.. “
” Tangan cameraman kena steady, bergoyang image tu kami tonton pening kapla .. kameraman kena jual shot.. miss this broadcast.. “
” Bagus dia ni jelas… ni x anugerah kau wow… tapi camera kelauuut dalam …. Good job kak… mata dah international standard.. “
” Ni kalau bediri mahu joget sekali ni janji Happy.. Nice work. mmg hebat la sistur ni, bukan senang nak jadi mcp. Nak kena tahu tempo…. “
” Susah ni, dulu buat kat petronas aih susah sbb lagu bnyak tempo kita lupa . Akak ni power.. tp cameraman dia masih banyak kene polish skill.. “
” Macam ni rupenya cra kerjnya.. cme kdg pernah tgk rancangan lain cepat sgt camera tu tuka2.. tk tenang nk tgk haha.. “
” Ohhh so bukan salah kameraman la tukau tukau. Salah MCP nape tak statik je kamera eh? Kadang penonton tgk pening kejap atas kejap zoom kejap bawah kejap pusing2.. “
Apabila sesebuah rancangan disiarkan, pekerja-pekerja di belakang tabir lah yang paling bertungkus lumus untuk memastikan rancangan tersebut berjalan dengan baik. Memang sangat hebat wanita dalam video ini melakukan tugasnya dengan baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG RTM Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen