Artis / Selebriti
” Lawanya mama Dato’, tak nampak pun dah usia 64 tahun.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ibu Usahawan Terkenal, Dato’ Azril Mohd Radzi Raih Perhatian Warganet. Alahai Cantiknya Pengantin, Nampak Muda Lah Ibu Dato’ Azril !!
Meninjau di akaun Instagram usahawan terkenal, Dato’ Azril Mohd Radzi telah berkongsi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan ibunya baru-baru ini. Menerusi perkongsian Dato’ Azril di ruangan kapsyen, ibunya telah pun bergelar ibu tunggal sejak 18 tahun yang lalu.
Dato’ Azril juga berkongsi sedikit perjalanan hidup setelah ibu bapanya berp1sah. Tulis Dato’ Azril banyak cerita sed1h yang dilalui oleh ibunya untuk membesarkan anak-anak. Perkongsian Dato’ Azril tersebut telah menarik perhatian warganet.
Sebelum ini Dato’ Azril kurang berkongsi mengenai keluarganya di media sosial. Ada yang menyatakan yang penampilan ibu Dato’ Azril kelihatan cantik dan muda meskipun usianya sudah pun memasuki 64 tahun.

Sehingga kini gambar-gambar yang dikongsikan oleh Dato’ Azril tersebut telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai semua adik beradik Dato’ Azril cantik dan kacak-kacak semuanya, hidung mancung belaka.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata ucapan tahniah serta memuji kecantikan ibu Dato’ Azril. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ahamdulillah sesungguhnya segala puji bg Allah.. Syukur sgt2 perancangan ALLAH yg terbaik.. Tahniah Buat ibunda Dato.. “
” Cantiknyaaaa.. Alhamdulillah..Tahniah Dato. Semuga mahligai mama nya berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke Jannah Allah.. “
” Lawanya mama Dato, tak nampak pun dah usia 64 tahun.. Tahniah buat pengantin, semoga kekal bahagia hidup aman sentosa, amin.. “
” Tahniah buat ibu Dato. Moga bahagia hingga ke shurga firdaus, in syaaAllah rumahtangga yg sakinah mawaddah Dan Rahmah.. Aamiin2.. “
” Alhamdulilah Syukur, Tahniah Datuk dan Keluarga… Allah Hu Akhbar, comel sangat emak Datuk.. Kalau tak bgtau Umur Maknya 64 tahun kali ingat dalam 40an aje, nampak muda sgt.. “
” Barakallahulakuma wabaraka alaikuma filhair, tahniah Dato dpt ahli family baru. Cantik betul mama Dato.. “
” Tahniah dato, cantiknya mama dato’ diusia begini.. Syukur bahagia jua diakhir usia, semoga bahagia bersama hingga ke akhir hayat.. “
Patut la Dato’ Azril kacak, ibunya cantik sangat, awet muda pula tu. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada ibu Dato’ Azril, semoga ikatan rumahtangga yang baru dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG azrilradzi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

