Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawanya, Alhamdulillah baiknya madu kak Ina.. ” – Netizen

Zarina Zainuddin Kongsi Hadiah Pemberian Daripada Madunya, Datin Sri Noorhasimah Cur1 Perhatian Peminat. Wah Bukan Biasa-Biasa Hadiahnya, Mahal Tu. Untung Zarina Ada Madu Yang Baik !!

Umum mengetahui pelakon versatile, Zarina Zainuddin merupakan isteri kedua kepada Dato’ Sri Raihan Wan Jaafar. Hubungan baik Zarina bersama madunya, Datin Sri Noorhasimah juga mendapat pujian ramai.

Baru-baru ini, mereka bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran Dato’ Sri Raihan dan kemesraan keluarga ini membuatkan peminat kagum. Kata orang hidup bermadu ini pah1t namun jika diselangi dengan rasa hormat menghormati dan saling memahami, ianya dapat bertukar menjadi kemanisan.

Meninjau akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina menunjukkan hadiah istimewa daripada madunya ini. Ianya adalah set gelang berlian dan gelang ini hadiah hari lahir yang diberikan 2 tahun sudah.

Kata Zarina, dia jarang memakai barang kemas kerana Zarina merasa r1mas apatah lagi kulitnya sedikit gelap. Wah untunglah bukan murah-murah gelang berlian seperti ini, bersaiz besar lagi. Alhamdulilah rezeki Zarina mempunyai seorang madu yang sangat menyayanginya.

Jom tonton video di bawah :

Video oleh Zarina ini telahpun mencatatkan hampir 27 ribu tanda suka daripada peminat. Banyak kata-kata pujian yang diberikan dan antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah madu baik. Awak tu Allah jadikan cantik. Jangan terlalu merendah diri dan terlalu merasa diri tak cantik. Semua Ciptaan Allah cantik.. “

” Hashtag tu paling win kakak haha. Sbb akak zarina zainuddin menghormati isteri pertama dan menjaga maru4ah suami sebaiknya.. “

” Semoga kak ina dan datin sri menjadi suri tauladan buat madu2 terutama isteri kedua di luar sana. Kak Ina org yg hebat kerana sentiasa sedar kedudukan dan mengharmonikan suasana. Syabas.. “

” Cantiknya, untung badan dapat hadiah mewah macam ni. Rezeki Kak Ina, mahal tu. Kak ina sangat humble, still panggil Datin Sri dekat kakak madu. Moga berbahagia dalam rahmat Allah.. “

” Lawanya, alhamdulillah baiknya madu kak ina. Rezeki kak, contoh poligami yang baik. Syukur alhamdulillah, moga berbahagia selalu.. “

” Wow cantik, bukan kaleng kaleng madu nak bagi hadiah macam ni. Bertuah badan, semoga kedua-duanya dilimpahi dengan rezeki.. “

” Cantiknya gelang tu, bukan biasa-biasa hadiah dari kak madu kak ina. Nampak kasih sayang yang ikhlas antara kak ina dan datin sri. Contoh terbaik.. “

Segalanya sudah diaturkan sebaiknya oleh Allah dan sudah tertulis begini jalan kehidupan Zarina. Rezeki dapat madu yang baik dan penyayang sebegini. Semoga kasih sayang yang terjalin ini berkekalan sehingga ke akhir hay4t.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin, Youtube Channel Mangkin Picture

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT