Artis / Selebriti
” Lawa amat deco, simple but complete.. ” – Netizen

Video Syatilla Melvin ‘Payung’ Video Tour Rumah Di Bahagian Atas. Wah Dah Siaplah, Deko Memang Wow Sangat. Part Shaheizy Sam Tayang Jam Tangan Harga 200 Ribu Lebih Tu Kelakar Sungguh !!
Tahun lalu, pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam ada berkongsikan di Instagram dan Youtube mereka suasana dalaman rumah mereka. Pada waktu itu, rumah mereka belum siap sepenuhnya dihias namun bagi memenuhi janji terhadap peminat, mereka tetap mempamerkan apa yang ada.
Meninjau akaun Instagram Syatilla, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ruangan atas rumahnya ini yang sudahpun siap. Syatilla yang menulis di kapsyennya bahawa dia dan Sam adalah manusia yang simple sahaja. Apa yang penting bagi mereka, rumah yang selesa, bersih dan teratur.
Dalam video yang berdurasi lebih kurang 31 minit ini, Syatilla menunjukkan ke semua ruangan atas. Bermula dari ruangan wardrobe yang terbuka diletakkan semua koleksi kasut, jam tangan, cermin mata dan banyak lagi barangan Syatilla dan Sam di sini.
Rumahnya ini yang memiliki 4 bilik iaitu bilik utama, bilik Syeriv dan Sarima, bilik pembantu rumah dan bilik tetamu. Syatilla turut menunjukkan ruangan dalam bilik utama yang sangat tersusun. Ruangan untuk anak-anak bermain yang dibuat di loteng rumah juga sangat menarik.
Jom tonton video di bawah :
Cantik sungguh dekorasi rumah Syatilla dan Samini. Dari ruangan bilik utama sehingga ke bilik anak-anak nampak kemas sahaja. Antara komen-komen peminat :
” Cantik rumah, suka-suka. Lawa g1le deco, simple but complete. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan, aamiin ya Allah.. ”
” Loteng tu berapa bajet hehe. Nak buat jugak. Cantik deco rumah and Aamiin.. “
Setiap ruangan pastinya ada potret lukisan yang cantik diletakkan Syatilla sebagai hiasan dindingnya. Yang utama, ruangan makeup Syatilla memang wow sangat. Lengkap dengan semua peralatan untuk membuat manicure dan pedicure lagi.
Keseluruhan rumah Syatilla pun nampak tersusun sahaja. Seperti kata Syatilla dalam videonya ini, yang penting kebersihan dan kebersihan sebenar semuanya bermula dari hati. Apa pun, semoga segala urusan Syatilla dipermudahkan dan gembira selalu di sampung keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syatilla Melvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen