Connect with us

Artis / Selebriti

” Lama tak tengok kak Rina Khan, legend Pop Kuiz.. ” – Netizen

Betty Banafee Kongsi Gambar Bersama Rina Khan. Penampilan Terbaru Rina Khan Yang Maintain Seperti Dahulu Raih Perhatian Ramai. Wah Tetap Cantik Dan Manis Bertudung !!

Masihkah anda ingat dengan bekas pengacara dan pelakon, Rina Khan ? Dia kini sudah lama menyepi dari dunia hiburan. Rina dahulunya popular dalam mengacarakan rancangan kuiz hiburan iaitu Pop Kuiz sekitar tahun 90 an. Rina mengacarakan rancangan tersebut bersama Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi.

Menerusi akaun Instagram Betty Banafee, Betty telah memuatnaik gambarnya bersama Rina Khan. Rina merupakan rakan baik Betty sejak sekian lamanya. Perkongsian Betty ini telah mengubati peminat Rina yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

Menurut Betty, gaya pengacaraan Rina dahulu mempunyai persamaan dengan pengacara popular masa kini iaitu Nana Mahazan. Kelincahan Nana ketika mengacara sangat sama seperti Rina mengacara sewaktu zaman mudanya. Bila difikirkan ada betulnya juga kan.

Rina atau nama sebenarnya Sharifah Bibi Farina Sidek juga aktif menulis skrip drama dan telefilem termasuk mengarah telefilem. Dia juga terlibat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan beberapa buah novel. Kerana kesibukannya, dia sudah lama tidak berlakon.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini membuat netizen mengimbau kembali zaman ketika program Pop Kuiz begitu popular pada suatu ketika dahulu. Antara komen-komen mereka :

” Hai kak rina ceria ceria selalu , Lame tak tengok kak Rina Khan, legend Pop Kuiz.. I still remember her.. seronok layan pop kuiz dulu dulu.. ” 

” Rina khan, Betul dulu muka die lebih kurang dengan nana. Mama wrote One of her songs Sketsa Cinta.. saya peminat kak rina.. “

” Kak Rina, Adik simpan buku novel kakak. Koleksi buku Ahadiat Akashah dah musn4h. Perlahan-lahan adik kumpul balik. Buku novel 90an adalah karya ulung dan fantastic.. ” 

” Kak Betty, kenapa tak jadi penulis novel. Rezeki penulis novel sekarang melimpah-ruah. Kebanyakkannya dijadikan drama. Kakak kalau nak tulis novel biarlah novel Islamik… macam Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih.. “

Jika diamati, Rina sudah menceburi pelbagai cabang bidang seni. Dari segi penulisan, pengacaraan, lakonan, penulisan skrip dan pengarahan telah menunjukkan bahawa Rina merupakan seorang yang sangat berbakat. Bukan semua memiliki segala bakat dalam bidang seni.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Rina Khan dalam apa jua bidang yang diceburinya kini. Pastinya ramai peminat Rina amat merindui lakonan dan pengacaraan Rina pada suatu ketika dahulu. All the best buat Rina Khan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Banafee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT