Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita yang tengok pun menangis. Rasa terharu tengok kasih sayang Dato’ dengan adik.. ” – Netizen

Video Dato’ Alha Alfa Buat Kejutan Memberikan Hadiah Kereta Kepada Adiknya Buat Ramai Tersentuh. Hebatnya Tengok Kasih Sayang Dato’ Alha Dan Keluarganya, Patut Lah Murah Rezeki Dato’ Alha Ni !!

Nama usahawan Dato’ Alha bukan lagi asing dalam bidang kosmetik dan solekan. Bakat Dato’ Alha bukan hanya menjadi buruan golongan VIP dan raja sehari, malah sering meniti di bibir selebriti cantik serta popular tanah air. Sentuhan tangan Dato’ Alha menyolek membuat ramai yang kagum.

Dato’ Alha juga suka berkongsi perkembangannya di akaun Instagram. Terbaru, Dato’ Alha telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya membuat kejutan istimewa sempena hari lahir adik perempuannya. Menerusi video itu, pada awalnya Dato’ Alha berkongsi sedikit cerita mengenai adiknya.

Kata Dato’ Alha sejak dahulu adiknya sangat menyukai warna pink sehinggakan banyak barang peribadinya berwarna pink. Selepas itu, kelihatan Dato’ Alha dan keluarga berada di luar dan Dato’ Alha meminta adik serta suaminya menutup mata lalu membawa mereka ke sebuah kereta.

Selepas adik Dato’ Alha membuka mata, dia begitu terkejut dan menangis melihat hadiah yang diberikan oleh Dato’ Alha. Kunci kereta mewah Range Rover berwarna pink telah diserahkan oleh Dato’ Alha kepada adiknya dan mereka saling berpelukan. Kedengaran adik Dato’ Alha mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Alha.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video yang dikongsikan oleh Dato’ Alha ini. Antara komen-komen warganet adalah :

 ” Kita yang tengok pun menang1s. Rasa terharu tengok kasih sayang Dato’ dengan adik.. Semoga satu hari nanti saya pun dapat bahagiakan keluarga saya seperti Dato’ .. “

” So sweet kita lak nak nangis juga.. Murah rezeki Dato tau selalu bahagiakan keluarga.. Betul lah apa yang ditulis oleh Dato’ tu.. “

” Beruntungnya, touching sangat tengok dari awal video smpai lah habis.. Mak ayah pun tumpang teruja anak dapat kereta baru.. “

” Wahh terbaik la..sy pun nak nangis tgk dpt hadiah paling berharga , lagi2 dari keluarga sendiri.. Semoga Dato’ Alha entiasa dilimpahi rezeki selalu.. Aamiin.. “

” Happy birthday Syima, semoga terus bahagia bersama keluarga.. Wah kereta idaman saya jg ni.. Cantik betul warna pink gitu.. “

” Alaaa.. Terharu.. Baiknya Dato AA. Semoga rezeki Dato tak pernah putus seperti air zamzam. Btw happy birthday utk adik Dato AA.. “

” Bertambah berkat n dipermudahkan rezeki Dato’.. Btw Dato’ nk tambah sorang lg adik tk, hehehe.. Saya nk juga jadi adik Dato’.. “

Patut Dato’ Alha sentiasa murah rezeki, Dato’ Alha sering mendahului keluarganya dan selalu bersedekah. Bak kata Dato’ Alha, ‘ infaq yang besar pahalanya adalah infaq kepada keluarga terlebih dahulu. Semoga Dato’ Alha terus maju jaya dalam perniagaannya dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alhalafa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT