Artis / Selebriti
” Kemain eh kau Sherry. Ingatkan tadi Dato’ Jamal Abdillah. Kena scam, haha.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Memakai Baju Kahwin Dan Duduk Di Atas Pelamin, Perkongsian Sherry Alhadad Buat Ramai Terhibur. Eh Sekali Pandang Ingatkan Dato’ Jamal Abdillah. Gambar Last Memang Comel, Haha !!
Biarpun memiliki saiz fizikal sedikit berisi, tetapi tidak menjadi alasan bagi Sherry Alhadad untuk tampil yakin setiap kali beraksi depan kamera. Penampilan Sherry atau nama penuhnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad juga dilihat semakin cantik dan sering mendapat pujian ramai.
Bagi yang suka mengikuti perkembangan Sherry pasti mengetahui Shery bukan sahaja boleh mengacara dan berlakon, malah Sherry juga seorang yang kelakar. Muatnaik lah apa pun posting di akaun Instagram, pasti perkongsian tersebut mengundang tawa warganet.
Terbaru, Sherry ada memuatnaik dua gambar yang memaparkan dia cantik mengenakan busana pengantin. Tampil memakai busana bertemakan songket dan duduk di atas pelamin seperti perkahwinan ala-ala zaman dahulu, sekali lagi perkongsian Sherry menarik perhatian warganet.
Tulis Sherry di ruangan kapsyen meminta orang ramai tidak slide gambar seterusnya kerana risau akan murung selepas melihat gambar tersebut. Selain itu, pengantin lelaki di sebelah Sherry juga menjadi perbualan warganet di ruangan komen.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian gambar oleh Sherry ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kemain eh kau Sherry. Ingatkan tadi Dato’ Jamal Abdillah, kena scam, haha.. Nampak sama padan sama cantik ler, mana tahu berjodohan kan, heee.. “
” Tak murung pun tengok.. Tapi cutie sangat lah gambar last tu.. Hahahaha Sherry kalau tak buat perangai comel memang tak sah kan.. “
” Hahahahaha woi berapa kali dh kahwin ni, hahahahaha… Igtkan Jamal Abdillah, Azhan Rani rupanya.. Haiyooo penat ketawa.. “
” Alooo bersemut dia punya sweet tu ek. Geram tengok.. Bersemut habis skrin tepon kita. Moga till Jannah yer korang, hehee.. “
” Selamat pengantin baluuuu heheheehe Sherry n Azhan, hahaha pasangan yang paling hot di abad ini.. Korang nampak sepadan lah.. “
” Ya Rabbi. Macam pengantin zaman zaman dulu sgt haha.. Mekap nya, keningnya, pelamin nya kuning sini sana. Hihi suka plk kita tengok.. “
” Mengimbau zaman dlu mak2 kite naik pelamin.. Style perkahwinan org dulu dulu, simple je yg penting kening tu halus k, hehe.. “
Ewah ewah ramai pula cakap Sherry dan Azhan nampak sepadan. Sebelum ini kalau perasan, Sherry ada memuatnaik gambar bersama Azhan dan berkongsi tangan mereka berinai serta memakai cincin. Mungkin ini adalah salah satu gambar Sherry dan Azhan sedang shooting drama bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sherry_alhadad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen